Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu – Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika

Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia Didorong oleh persepsi beliau terhadap keruntuhan akhlak yang serius dalam arena politik dan tadbir urus Malaysia serta perpecahan dalaman yang semakin meluas dalam masyarakat...

Bahasa Malaysia

Didorong oleh persepsi beliau terhadap keruntuhan akhlak yang serius dalam arena politik dan tadbir urus Malaysia serta perpecahan dalaman yang semakin meluas dalam masyarakat Melayu-Islam di negara ini, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. M. Kamal Hassan bukan sahaja meluahkan kekecewaannya yang mendalam malah rasa malu juga dalam buku baharu “Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu – Perlunya Disegarakan Transformasi Moral-Etika” yang dikarangnya.

Dalam buku ini, Prof. M. Kamal Hassan menyentuh tentang bagaimana agenda integrasi nasional telah dicemar akibat polarisasi etno-agama yang keji, naratif munafik, dan hala tuju politik negara membimbangkan yang menghalang hasil yang diharapkan dan memburukkan lagi ketidakstabilan politik.  

Beliau menekankan bagaimana strategi politik bermotifkan perkauman dan prejudis berasaskan etnik akan hanya meneruskan persengketaan di antara kedua-dua belah pihak dalam dinamika sistem politik Malaysia, dan menyoroti kemunafikan yang terang-terangan apabila prasangka disamarkan oleh kedua-dua pihak sama yang menggunakan retorik kepentingan negara, perpaduan negara, keadilan ekonomi, prinsip demokrasi atau hak asasi manusia sejagat.

Prof. M. Kamal Hassan mengecam bagaimananya rasuah politik, korupsi atau ancaman ekonomi digunakan untuk memperkasakan penyebaran agenda atau pemeliharaan kepentingan komuniti etnik tertentu, sekali gus mendedahkan kewujudannya ejen bawah tanah yang tiada rasa malu dan serba salah mempergunakan godaan kewangan atau ugutan bagi tujuan mengekalkan “ekonomi hitam” atau untuk mendapatkan kelebihan demografi di beberapa kawasan strategik politik.

Sebagai pemerhati politik berkecuali Muslim, beliau cuba mendampingi pemimpin politik Melayu-Islam berprinsip dan ikhlas yang mempunyai sentimen sama tehadap kemelut politik dan keruntuhan moral dengan memberi cadangan, garis panduan, dan rangka kerja praktikal bagi pemikiran semula tentang ekosistem politik serta sebagai suatu usaha pencarian jiwa dan muhasabah diri yang mendalam. Beliau beranggap penyelidikan, kritikan dan cadangan yang diberi dalam buku ini sebagai “kritikan diri tanpa kepentingan” dengan harapan dapat memberi jalan penyelesaian yang berkesan untuk mencapai transformasi sosio-politik dalam masyarakat, menuju ke arah pembaikan dan pembaharuan dalam tingkah-laku dan budaya politik Melayu-Islam serta mempereratkan silaturahim, kerjasama dan perpaduan politik Islam.

Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu – Perlunya Disegarakan Transformasi Moral-Etika

Harga: RM49.90 (Paperback)

Harga termasuk kos penghantaran bagi Semenanjung Malaysia. Untuk Sabah, Sarawak dan seluruh dunia, kos penghantaran akan dikenakan.

Beli Sekarang: Imbas kod QR DuitNow berikut. Setelah membuat pembayaran,
resit dan butiran penghantaran boleh dihantar ke email champ@emirresearch.com

In this article