I like the Swedish Model (but not for the obvious reason)

The best trade off for preserving our economy is not just social distancing, but also social responsibility.

942 0
942 0
English

Published by Malay Mail, The Star, Malaysiakini, Digital News Asia, & Sin Chew, images from Malaysiakini.

Whose lockdown approach is best? New Zealand’s has resulted in only one death.

Taiwan’s battle against coronavirus began in late 2019 and makes a strong case for acting early and staying vigilant to avoid a second spike.

Denmark was also one of the first to enter a lockdown but is now ready to return to normal life, opening schools and offices for the first time in a month.

Unlike other countries, Sweden avoided a lockdown altogether, and as a result, will likely preserve the best economy in Europe.

Regardless of which you personally think is the best approach, there are just as many who have the opposing opinion – equally defensible with pros and cons – and sometimes living with you under the very same roof.

What we do know is that any form of a lockdown will adversely affect the economy, so we owe it to ourselves to ask the following questions:

1. Is it indisputably clear that lockdowns slow the rate of new infections?

2. Do we know exactly what physical precautions are effective in a lockdown?

3. Have we confirmed the properties of the virus spreading in air, water, and on surfaces?

4. What proportion of the public has already been exposed and successfully fought off the coronavirus?

5. Is it worth focusing on and restricting the lockdown on at-risk age groups and red-zone areas?

And the main question:

6. What is the trade-off between the lockdown and saving the economy?

Without drawing the line in the sand somewhere, then the logical conclusion is that lockdowns can only fully end when a vaccine is available to the general public – even if that’s 12-18 months away.

These questions are not meant to be hyperbolic; instead they are meant to illustrate that we must make a tough choice.

When we make tough choices, we must think compassionately but also strategically. This is true in personal matters and affairs of the state alike.

A man in a protective suit goes through security at the Wuchang Railway Station before leaving Wuhan.

China’s example is worth noting here. Their restrictions, at least in Wuhan, were the most draconian by anyone so far.

Still, once their situation stabilised they prioritised economic revival over the threat of a second wave of infections. If China’s strategy is right, the implications are immense – there will be a shift in the balance of world power, where the scale will tip more towards China.

There will inevitably be winners and losers from the economic fall out of the crisis. Though we harbour no ill-will towards others, we owe it to ourselves to aim for the best result for our people, our society, and our economy.

We must appreciate that there is a trade-off between a lockdown and saving the economy. This is what makes today’s decision on the movement control order (MCO) extension a particularly difficult one, yet it is our social responsibility to respect it fully.

Perhaps the best lesson we can learn from the Swedes is that the best trade-off for preserving our economy is not just social distancing, but also social responsibility. If we work together, with consideration for each other, then we have every reason to expect the best possible outcome.

Dr. Rais Hussin is President & CEO of EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh Malaysiakini, gambar daripada Malaysiakini.

Pendekatan perintah berkurung manakah yang terbaik? New Zealand hanya mempunyai satu kes kematian.

Taiwan memulakan pertempuran melawan koronavirus pada akhir 2019 dan membuat satu tindakan yang keras pada tahap awal, serta tetap waspada untuk mengelak daripada gelombang kedua.

Denmark juga merupakan antara negara terawal melakukan perintah berkurung dan sudah bersedia untuk kembali ke kehidupan biasa, telah membuka sekolah dan pejabat untuk kali pertama selepas sebulan.

Tidak seperti negara lain, Sweden tidak melakukan perintah berkurung, dan hasilnya, berkemungkinan akan mengekalkan ekonomi terbaik di Eropah.

Tidak kira apa yang anda fikirkan secara peribadi, mengenai pendekatan yang terbaik, mesti akan ada pendapat yang bertentangan – semuanya mempunyai alasan yang munasabah – dan kemungkinan pendapat bertentangan itu datang dari seseorang di dalam rumah yang sama!

Perkara yang kita ketahui adalah dengan melakukan sebarang pendekatan yang membawa kepada perintah berkurung akan menjejaskan ekonomi, jadi terdapat beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya:

1. Adakah jelas bahawa dengan melakukan perintah berkurung akan memperlahankan kadar jangkitan baru?

2. Adakah kita ketahui kaedah sebenar penjagaan fizikal yang berkesan semasa perintah berkurung?

3. Adakah kita pasti sifat-sifat virus yang tersebar di udara, air dan permukaan?

4. Berapakah jumlah sebenar masyarakat yang sudah terdedah dan berjaya melawan koronavirus?

5. Adakah berbaloi memberi tumpuan dan membatasi perintah berkurung hanya kepada kumpulan umur yang berisiko dan zon merah?

Dan persoalan utama:

6. Apakah keseimbangan antara perintah berkurung dan menyelamatkan ekonomi?

Tanpa membuat sebarang perbandingan, maka kesimpulan logik yang boleh diambil adalah perintah berkurung hanya akan berakhir sepenuhnya apabila vaksin sudah tersedia untuk semua orang – walaupun mengambil masa 12-18 bulan lagi.

Semua persoalan ini bukannya sekadar hiperbola, sebaliknya bertujuan untuk menggambarkan bahawa kita harus membuat pilihan yang sukar.

Apabila kita membuat pilihan sukar, kita harus berfikir dengan penuh belas kasihan dan juga secara strategik. Ini juga berlaku dalam hal peribadi dan hal ehwal negara.

China merupakan contoh yang terdekat boleh diambil. Sekatan yang dilakukan oleh mereka, seperti di Wuhan, adalah yang paling zalim pernah dilakukan.

Namun, apabila keadaan mereka stabil, mereka mengutamakan pembentukan semula ekonomi berbanding ancaman gelombang kedua jangkitan. Sekiranya strategi China itu menjadi, kesannya adalah sangat besar – akan terjadi peralihan keseimbangan kuasa dunia, di mana ia akan memberi kelebihan kepada China.

Sudah pasti akan ada yang menang dan kalah daripada kejatuhan ekonomi disebabkan krisis ini. Walaupun kita tidak mengharapkan sesuatu yang buruk terjadi kepada orang lain, kita harus mempunyai sasaran yang terbaik untuk rakyat kita, masyarakat kita dan ekonomi kita.

Kita harus menghargai bahawa terdapat keseimbangan antara perintah berkurung dan menyelamatkan ekonomi. Inilah yang membuat keputusan untuk memanjangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi sukar, namun ia merupakan tanggungjawab sosial yang harus kita hormati sepenuhnya.

Mungkin pengajaran terbaik yang kita boleh pelajari dari Sweden adalah bahawa keseimbangan terbaik dapat memelihara ekonomi kita bukan sekadar penjarakan sosial, tetapi juga tanggungjawab sosial. Jika kita bekerjasama, dan saling membantu antara satu sama lain, maka kita mempunyai setiap sebab untuk mengharapkan hasil terbaik.

Dr. Rais Hussin merupakan Presiden & CEO EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article