Should people spend more and worry less?

The relaxation measures would probably be futile if citizens are still hesitant to visit the physical stores because expensive malls and megamalls are reduced to a gigantic showroom.

828 0
828 0
English

Published by Malay Mail & New Straits Times, image from Malay Mail.

As the recovery movement control order (RMCO) introduced on June 10 allowed some relaxation measures to kick in, consumer spending which is expected to get a healthy boost, is still seen by analysts as lackadaisical based on the negative projection of the retail sector in the months ahead.

The first quarter of this year’s Gross Domestic Product (GDP) saw private consumption growth decelerating to 6.7 per cent from 8.1 per cent in the fourth quarter of 2019. The prognosis for the second quarter’s consumer spending also looks bleak based on analysts’ expectation.

In April the Malaysian Retail Associations reported the sales value of wholesale and retail trade has plunged to -36.6 per cent, and we would not want the figure to be negative again for the entire year.

Also, the Malaysian Institute of Economic Research (MIER) released the consumer sentiment index — from 82.3 in 4Q19 to 51.1 in 1Q20.

As we head into the third quarter, it is essential to note that higher consumer spending — defined as individuals or families purchasing goods and services — is crucially needed as consumption is one of the engines of growth for the economy, especially in time of recession which the Covid-19 pandemic is expected to generate.

Hence, this is the time the rakyat play a vital role by spending more, as the government puts money in their pockets through the Prihatin stimulus in the form of the Bantuan Sara Hidup for the  B40 segment of the population and Bantuan Prihatin Nasional (also for the B40 and some segments of the M40). 

According to economists, the average propensity to consume is the greatest among the low and lower-middle income, and it is in this regard that these two groups have a national duty to perform to help the nation by spending and consuming.

Failing to perform this duty will end up with the Malaysian economy being caught in a liquidity trap where pump-priming of the economy via putting monies into the pockets of the rakyats will not have any effect on spending.

This clearly shows the implementation of the MCO during the Covid-19 pandemic was a spectacular success that it had left an indelible mark on our behaviour as a consumer, which in turn, has affected the economy when the rakyat feel wary and less confident in going out, forcing them to spend less while stifling economic growth in the country.

Hence, Minister of Economic Affairs in the Prime Minister’s Department Datuk Sri Mustapa Mohamed, succinctly lamented traffic jams and crowded malls are theoretically leading to higher consumer spending, but real economic activity has yet to catch up.

This could be due to the reluctance of people to spend as they may be overshadowed by fears, lack of confidence, and also being too cautious about going out and spending their money during this difficult time.

We are so used and adept at facing the paradox of life and livelihood during the MCO that we forget that in the RMCO, another paradox is awaiting us — that of lives and spending.

Or it could be changed in the living conditions of the rakyat during MCO where the effect of job loss and loss in income continue to bedevil their mind that when the RMCO was introduced, this still has a powerful and lingering effect on their spending patterns that they prefer to save rather than spend, leading to the paradox of livelihood and saving.

Finally, it could be just a matter of the government-mandated Standard Operating Procedures (SOPs), which increase people’s difficulty in spending their money on purchasing goods and services in shopping malls and elsewhere.

Realising this, the government had relaxed further the SOPs when Senior Minister for Security and Minister of Defence Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob announced theme parks, including water parks, are permitted to operate, and the temperature screening will only be tested once at the entrance to malls and hotels, easing some economic processes and improve consumer spending.

It is hoped these relaxation measures can be customised for the tourism industry that is hard hit by the pandemic that people are even not confident to go out and enjoy domestic tour sites that will help to revive the tourism sector.

A report by JP Morgan is quite telling when it stated that the longer the period during which social distancing measures are needed, and the longer the period of reduced travel to restrict the transfer of the infection, the higher will be the impact on corporate earnings.

Besides, Rakuten Insight’s survey on Malaysia in May also revealed 88 per cent of respondents aged 35 to 44 said they would continue to buy goods online even when businesses are open and social distancing measures are lifted.

This raises the question of whether the gloom and doom report on the retail sector takes into account the increased digital retail sales transaction that may be just more than offset the drastic drop in physical retail sales because there is no breakdown between the figures on physical retail sales and digital retail sales.

In our conversation with Apple Store managers at some of KL shopping malls, we were told the sales of iPhone 11 boomed drastically during the MCO that most stores had their iPhone out of stock.

But here’s the interesting thing, all the sales went digital because of the MCO. A roaring business for iPhone and the Grab delivery guys where these store managers used for the delivery of their iPhone to their customers.

The purchase of online products should also be highlighted as a step towards digitalisation and deemed secure and straightforward.

Yet the government’s relaxation measures aimed at helping companies to operate normally would probably be futile if citizens are still hesitant to visit the physical stores because expensive malls and megamalls are reduced to a gigantic showroom.

Jamari Mohtar and Farhan Kamarulzaman are part of the research team at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh The Malaysian Insight.

OLEH kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diperkenalkan pada 10 Jun telah membenarkan beberapa langkah kelonggaran, perbelanjaan pengguna yang dijangkakan menerima rangsangan yang sihat masih dilihat seperti kurang memberangsangkan oleh penganalisis berdasarkan unjuran negatif terhadap sektor peruncitan dalam beberapa bulan ke hadapan.

Suku pertama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini menyaksikan pertumbuhan penggunaan swasta telah merosot kepada 6.7 peratus daripada 8.1 peratus pada suku keempat 2019. Prognosis perbelanjaan pengguna suku kedua juga kelihatan suram berdasarkan jangkaan penganalisis.

Pada bulan April, Persatuan Peruncitan Malaysia melaporkan nilai penjualan perdagangan borong dan runcit telah jatuh kepada -36.6 peratus, dan kita tidak mahu angka tersebut menjadi negatif lagi sepanjang tahun.

Juga, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengeluarkan indeks sentimen pengguna – dari 82.3 pada suku keempat tahun 2019 sehingga 51.1 pada suku pertama tahun 2020.

Ketika kita menuju ke suku ketiga, penting untuk kita perhatikan bahawa perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi iaitu ditakrifkan sebagai individu atau keluarga yang membeli barang dan perkhidmatan, sangat diperlukan kerana perbelanjaan merupakan salah satu mesin pertumbuhan ekonomi, terutamanya pada masa kemelesetan yang bakal dijana oleh wabak Covid-19.

Oleh itu, inilah masanya rakyat perlu memainkan peranan penting dengan berbelanja lebih, kerana kerajaan telah memasukkan wang ke dalam saku mereka melalui pakej rangsangan Prihatin dalam bentuk Bantuan Sara Hidup untuk segmen populasi B40 dan Bantuan Prihatin Nasional (juga untuk B40 dan beberapa segmen M40).

Menurut ahli ekonomi, kecenderungan purata untuk penggunaan adalah tertinggi di antara pendapatan rendah dan sederhana rendah, dan kedua-dua kumpulan dalam hal ini mempunyai tugas kebangsaan yang perlu dilaksanakan dalam membantu negara dengan berbelanja dan menghabiskan wang.

Kegagalan melaksanakan tugas ini akan berakhir dengan ekonomi Malaysia yang terjebak ke dalam perangkap kecairan di mana pam priming ekonomi melalui kemasukan wang ke dalam poket rakyat tidak akan meninggalkan kesan terhadap perbelanjaan.

Ini jelas menunjukkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19 adalah kejayaan yang luar biasa sehingga meninggalkan tanda kekal kepada tingkah laku kita sebagai pengguna, yang seterusnya telah mempengaruhi ekonomi ketika rakyat merasa waspada dan kurang yakin untuk keluar, memaksa mereka kurang berbelanja malah menyekat pertumbuhan ekonomi di negara ini.

Oleh itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed, mengeluh secara ringkas bahawa kesesakan lalu lintas dan pusat membeli-belah yang sesak secara teorinya membawa kepada perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi tetapi aktiviti ekonomi sebenar masih lagi belum berjaya.

Ini mungkin disebabkan oleh keengganan orang ramai untuk berbelanja kerana mereka mungkin dibayangi oleh ketakutan, kurang keyakinan, dan juga terlalu berhati-hati untuk keluar dan menghabiskan wang mereka dalam masa yang sukar ini.

Kita begitu terbiasa dan mahir menghadapi paradoks kehidupan dan mata pencarian selama PKP sehingga kita lupa bahawa semasa PKPP, satu lagi paradoks sedang menanti kita iaitu kehidupan dan perbelanjaan.

Atau ia mungkin boleh diubah dalam keadaan hidup rakyat semasa PKP di mana kesan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan secara terus-menerus merosakkan fikiran mereka bahawa ketika PKPP diperkenalkan, isu ini masih mempunyai pengaruh yang kuat dan berlarutan pada corak perbelanjaan mereka dan menyebabkan mereka lebih suka menabung daripada berbelanja serta membawa mereka ke arah paradoks mata pencarian dan simpanan.

Akhirnya, ini mungkin hanya berkenaan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diamanatkan oleh kerajaan, di mana ia menambahkan kesukaran orang ramai bagi menghabiskan wang mereka untuk membeli barang dan perkhidmatan di pusat membeli-belah dan di tempat-tempat lain.

Setelah menyedari hal ini, kerajaan telah melonggarkan SOP dengan lebih lanjut ketika Menteri Kanan Keselamatan dan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan taman tema termasuk taman air dibenarkan beroperasi dan penyaringan suhu hanya akan diuji sekali di pintu masuk ke pusat beli-belah dan hotel, justeru memudahkan sesetengah proses ekonomi serta meningkatkan perbelanjaan pengguna.

Diharapkan langkah-langkah kelonggaran ini dapat disesuaikan dengan industri pelancongan yang dilanda teruk sehingga orang ramai bahkan tidak yakin untuk keluar dan menikmati destinasi pelancongan domestik bagi membantu menghidupkan kembali sektor pelancongan.

Sebuah laporan oleh JP Morgan ternyata cukup jelas apabila ia menyatakan bahawa semakin lama tempoh di mana langkah-langkah penjarakan sosial diperlukan dan semakin lama tempoh pelaksanaan pengurangan perjalanan untuk menyekat penyebaran jangkitan, semakin tinggi kesan terhadap pendapatan korporat.

Selain itu, tinjauan Rakuten Insight di Malaysia pada bulan Mei juga menunjukkan bahawa 88% responden yang berusia 35 hingga 44 tahun mengatakan mereka akan terus membeli barang secara dalam talian walaupun perniagaan telah dibuka dan langkah-langkah penjarakan sosial telah digugurkan.

Hal ini menimbulkan tanda tanya tentang adakah laporan kesuraman dan azab pada sektor peruncitan mengambil kira peningkatan transaksi penjualan runcit digital atau mungkin lebih dari sekadar mengimbangi penurunan drastik penjualan runcit fizikal kerana tidak ada sebarang pecahan antara angka penjualan runcit secara fizikal dan digital.

Dalam perbualan kami bersama pengurus kedai barangan Apple di beberapa pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, kami dimaklumkan bahawa penjualan iPhone 11 meningkat secara drastik semasa PKP dan kebanyakan kedai telah kehabisan stok iPhone mereka.

Tetapi inilah perkara yang menarik, semua penjualan telah menuju ke arah digital kerana PKP. Perniagaan yang gemuruh untuk iPhone dan penghantaran Grab telah digunakan di mana pengurus kedai ini menggunakan kaedah tersebut sebagai proses penghantaran iPhone kepada pelanggan mereka.

Pembelian produk dalam talian juga harus ditonjolkan sebagai langkah menuju digitalisasi dan dianggap selamat dan mudah.

Namun, langkah-langkah kelonggaran kerajaan yang bertujuan membantu syarikat untuk beroperasi secara normal mungkin menjadi sia-sia sekiranya rakyat masih ragu-ragu untuk mengunjungi kedai-kedai fizikal kerana pusat beli-belah yang mahal telah dikurangkan menjadi bilik pameran gergasi.

Jamari Mohtar dan Farhan Kamarulzaman adalah sebahagian daripada pasukan penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article