Tackling MCO’s economic paradox and its aftermath

Funds should be used to promote the requisite adjustment of labour and product markets.

957 0
957 0
English

Published by Malaysiakini, Malay Mail & Sin Chew, image from Malaysiakini.

One paradox of the social distancing measures inherent in the great lockdown of the world brought about by the Covid-19 pandemic is the implosion or collapse of all economic activities for both production and consumption that involve physical contacts, while the physically fragmented ones are in explosion, bursting at the seams.

This can be clearly seen when restaurants and eateries are shutting while delivery services like Amazon are going through the roof and are still falling short of demand, leading to what senior research fellow at the Blavatnik School of Government, Oxford University, Dennis Snower calls the “Great Economic Mismatch.”

This opens up a vista of a future new economic landscape that requires us to rebuild and reimagine all the present jobs available now amid the Covid-19 crisis.

It also calls for the government to lead the way in this unprecedented effort in order for survival to restart the economy to begin during both the movement control order (MCO) and its immediate aftermath, by first addressing this economic paradox.

This in turn entails the adoption of a two-pronged strategy — invest in adequate public health capacity and at the same time, invest in diversifying our global supply chains, making them less reliant on physically integrated processes, as opposed to the physically fragmented ones.

In implementing this strategy, the first order of business is to map out and ascertain which industries are very physically interactive in their production and distribution processes and which ones are very physically disjointed or fragmented that lend themselves well to an environment of MCO and pandemic with their concomitant social distancing measures.

The former should be assisted via a slew of policy measures in transitioning to a production and distribution processes that are physically fragmented while the latter too needs to be assisted in consolidating their new-found physically fragmented production and distribution processes.

The first part of the strategy could take the form of government incentives and assistances for businesses bold enough to retool their production systems towards a physically fragmented process to manufacture the almost-scarce essentials to protect us against the invisible virus such as face masks and personal protective equipment (PPE) which are in dire shortage, given our high dependency on the import of these products.

This way, Malaysia not only can mitigate the shortage of supply as there are only a few major manufacturers in the country but also manufacturing it with an eye for the world market, which will bring much needed foreign exchange, as these products are in dire shortage everywhere.

In fact, every country is talking about this – the need to manufacture these products domestically — but only the first mover country will be richly rewarded as they walk the talk.

Also, giving generous grants or funding for research and development activities to deserving universities and private research companies willing enough to reconfigure their laboratories or research facilities to a physically fragmented setting in order to produce test kits for Covid-19 that could yield accurate result within 24 hours.

On the second strategy of diversifying our supply chains, the issue here is not so much due to a drastic decline in aggregate demand, as was the case in all previous recessions especially the Great Depression of the 1930s.

Rather, it is the twin phenomenon of a dramatic fall in the existing production and consumption of goods and services that rely heavily on processes that require physical contact (such as hotels and restaurants), combined with an equally dramatic rise in the production and consumption of goods and services that don’t involve such contacts (such as Amazon and Netflix).

No wonder Jeff Bezos, CEO and founder of Amazon, saw his wealth grow by US$24 billion (RM104.88 billion) since the world’s been largely in shutdown which brings his net worth to US$143.1 billion, nearly US$40 billion higher than the second-place Bill Gates, and almost twice that of Warren Buffett.

Since many sectors that depend on existing production and distribution processes that are highly integrated physically are shedding workers, while others that are physically fragmented are unable to hire enough, there is no point in saving jobs in the former sector.

Instead of pouring billions of ringgit into preserving jobs that have disappeared, a fraction of these funds should be used to promote the requisite adjustment of the labour and product markets.

This is because Covid-19 is the first pandemic to have struck a thoroughly integrated global economy. Most goods today are products of global supply chains, where physical interactions in one location are connected to physical interactions elsewhere.

Stop the physical interactions in one place, and the economic fallout is felt in many others.

Higher government spending, lower taxes, rock-bottom interest rates, and even printing money may keep people afloat in the short term, but these do not stimulate productive activity when people cannot work.

Nor will supplementing the incomes of the newly unemployed necessarily shore up consumption when most shops are closed and delivery services are unable to meet the exploding demand.

To deal with this new economic crisis, we need to encourage people to leave the jobs that have already been destroyed and take the jobs that are being created. For this purpose, active labour market policies are called for.

Instead of spending monies on making up for wages, salaries, and self-employment incomes generated by work that no longer exists and won’t exist for a long time — since this pandemic has a long way to go before an effective vaccine reaches the public or the natural immunity of humanity sets in — governments should be

subsidising the movement from the imploding sectors into the exploding sectors.

Hence, hiring and retraining subsidies, relocation benefits, and investment credits for transforming production processes from physically integrated to physically fragmented activities would be the way to move forward.

Jamari Mohtar is Director of Media & Communications at EMIR Research, an independent think-tank focused on strategic policy recommendations based upon rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh EMIR Research.

Satu paradoks langkah penjarakan sosial yang dikenakan apabila penguncian kota-kota dunia berlaku ekoran wabak Covid-19 adalah keruntuhan semua aktiviti ekonomi pengeluaran dan penggunaan yang melibatkan kontak fizikal, sedangkan pada masa sama kegiatan serupa yang tidak melibatkan kontak fizikal meningkat dengan ketaranya sehingga gagal memenuhi permintaan yang meledak.

Ini dapat dilihat dengan jelas ketika restoran dan kedai makan ditutup manakala khidmat penghantaran seperti Amazon menikmati permintaan bagaikan meningkat ke bumbung sehingga sukar memenuhi semua permintaan, yang membawa kepada apa yang disebutkan Dennis Snower, seorang felo penyelidikan kanan di Sekolah Pemerintahan Blavatnik, Universiti Oxford, sebagai “Ketidakpadanan Ekonomi Yang Hebat” (Great Economic Mismatch).

Ini membuka pemandangan kepada lanskap ekonomi baru di masa depan yang mengharuskan kita bukan sahaja untuk membina semula, malahan merenung semula semua pekerjaan yang ada sekarang di tengah-tengah krisis Covid-19.

Ia juga memerlukan bimbingan dan pimpinan kerajaan dalam usaha menggerakkan semula ekonomi bermula pada masa perintah kawalan pergerakan (MCO) dan selepasnya, dengan terlebih dahulu menangani paradoks ekonomi ini.

Ini selanjutnya memerlukan pendekatan strategi serampang dua mata – melabur secukupnya  dalam kapasiti kesihatan awam dan pada masa yang sama, melabur dalam mempelbagaikan rantaian bekalan global kita, menjadikannya kurang bergantung pada proses yang melibatkan kontak fizikal, berbanding dengan yang kontak fizikalnya amat berkurangan sekali (physically disjointed).

Dalam melaksanakan strategi ini, keutamaan pertama adalah memetakan dan memastikan industri mana yang sangat interaktif yang memerlukan kontak fizikal dalam proses pengeluaran dan pengedarannya, dan industri mana pula yang kontak fizikalnya sangat terputus atau berpecah yang sesuai dengan sekitaran MCO dan wabak yang memerlukan langkah penjarakan sosial.

Industri yang sangat interaktif secara fizikal perlu dibantu melalui penggubalan dasar peralihannya ke proses pengeluaran dan pengedaran yang kontak fizikalnya berpecah manakala industri yang sudahpun memiliki proses pengeluaran dan pengedaran yang kontak fizikalnya sudah berpecah dibantu juga untuk mengukuhkan lagi proses baru mereka itu.

Bahagian pertama strategi boleh mengambil bentuk insentif dan bantuan kerajaan untuk perniagaan yang cukup berani mengatur semula sistem pengeluaran mereka ke arah proses yang kontak fizikalnya berpecah melalui pembuatan barangan keperluan kesihatan yang amat kekurangan untuk melindungi kita daripada virus seperti topeng muka dan peralatan pelindung diri (PPE) kerana kebergantungan kita yang tinggi terhadap import produk-produk ini.

Dengan cara ini, Malaysia tidak hanya dapat mengatasi kekurangan bekalan kerana ada segelintir saja pengeluar utama di negara ini tetapi juga pengeluarannya boleh ditujukan untuk pasaran dunia bagi meraih pendapatan tukaran asing yang sangat diperlukan kerana produk sedemikian sangat kekurangan di mana-mana.

Sebenarnya, ini dibicarakan setiap negara – keperluan pembuatan produk tersebut dalam negara masing-masing – tetapi hanya negara penggerak pertama yang akan mendapat keuntungan sewajarnya kerana melakukan apa yang ia sendiri menguar-uarkan.

Juga, memberikan geran atau dana biaya secukupnya untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan kepada universiti dan syarikat penyelidikan swasta yang layak dan bersedia untuk mengubah makmal atau kemudahan penyelidikan mereka ke sekitaran yang kontak fizikalnya berpecah bagi menghasilkan kit ujian untuk Covid-19 yang dapat menghasilkan keputusan yang tepat dalam masa 24 jam.

Menyentuh strategi kedua mengenai mempelbagaikan rantaian bekalan, masalah di sini bukanlah kerana kemerosotan drastik dalam permintaan agregat seperti yang berlaku dalam semua kemelesetan sebelum ini terutama Kemelesetan Besar pada 1930-an.

Sebaliknya, ini adalah fenomena kembar dari kemerosotan dramatik pengeluaran dan penggunaan barangan dan perkhidmatan yang sangat bergantung kepada proses yang memerlukan kontak fizikal (seperti hotel dan restoran), dan pada masa sama kenaikan dramatik pengeluaran dan penggunaan barangan dan perkhidmatan yang tidak melibatkan kontak fizikal (seperti Amazon dan Netflix).

Lantas, tidak hairanlah Jeff Bezos, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Amazon, melihat kekayaannya meningkat AS$24 bilion (RM104.88 bilion) sejak kota-kota dunia dikunci secara besar-besaran yang menjadikan kekayaan bersihnya AS$143.1 bilion, hampir AS$ 40 bilion lebih tinggi orang terkaya kedua di dunia – Bill Gates – dan hampir dua kali ganda kekayaan Warren Buffett.

Oleh kerana banyak sektor sedia ada yang bergantung pada proses pengeluaran dan pengedaran yang melibatkan kontak fizikal dijangka membuang banyak pekerja sementara sektor yang memiliki proses pengeluaran dan pengedaran yang melibatkan kontak fizikal yang berpecah sukar pula mengambil pekerja secukupnya, tiada gunanya menyelamatkan pekerjaan di sektor yang memerlukan kontak fizikal.

Daripada mencurahkan berbilion ringgit untuk menyelamatkan pekerjaan yang telah hilang, sebahagian kecil dana harus digunakan untuk mempromosikan penyesuaian yang diperlukan pasaran buruh dan produk.

Ini kerana Covid-19 adalah wabak pertama yang melanda ekonomi global yang bersepadu. Sebilangan besar barangan hari ini adalah produk dari rantaian bekalan global bersepadu, di mana interaksi fizikal di satu lokasi ada kaitannya dengan interaksi fizikal di tempat lain.

Hentikan interaksi fizikal di satu tempat, dan kesan kejatuhan ekonomi dirasakan di banyak tempat lain.

Perbelanjaan kerajaan yang lebih tinggi, cukai yang lebih rendah, kadar faedah paling rendah, dan juga mencetak wang mungkin boleh membuat orang terus bertahan dalam jangka pendek, tetapi ini tidak akan dapat merangsang aktiviti yang produktif apabila orang tidak dapat bekerja.

Juga menambahbaik pendapatan orang yang baru menganggur tidak semestinya meningkatkan penggunaan (consumption) apabila kebanyakan kedai ditutup dan khidmat penghantaran tidak dapat memenuhi permintaan yang meledak.

Untuk menangani krisis ekonomi baru ini, kita perlu mendorong orang untuk meninggalkan pekerjaan yang sudah hancur dan mengambil pekerjaan yang sedang diciptakan. Untuk tujuan ini, dasar pasaran buruh yang aktif amat diperlukan.

Daripada membelanjakan wang untuk menebus upah, gaji dan pendapatan bekerja sendiri yang semuanya dihasilkan oleh pekerjaan yang tidak lagi wujud dan tidak akan wujud dalam jangka masa yang agak lama – kerana wabak ini akan berlarutan selagi vaksin berkesan masih belum sampai kepada orang ramai atau imuniti semula jadi manusia (herd immunity) belum berfungsi – kerajaan harus membiayai pergerakan dari sektor yang telah runtuh ke sektor yang sedang meledak.

Lantaran itu, subsidi untuk pengambilan pekerja dan melatih semula pekerja, insentif penempatan semula, dan kredit pelaburan untuk mengubah proses pengeluaran dari aktiviti fizikal bersepadu menjadi aktiviti yang kontak fizikalnya berpecah merupakan satu-satunya cara untuk bergerak ke depan.

Jamari Mohtar adalah Pengarah, Media & Komunikasi di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

中文

刊登在:星洲网 (Sin Chew).

新冠病毒(Covid-19)疫情导致全球大封锁所带来的一个悖论是,当落实社交距离措施时,所有需要肢体接触的生产及消费经济活动,都面临内爆或崩溃。

这点可从餐厅及小吃店关闭,但快递服务如亚马逊需求不断攀升仍供不应求中轻易看出,对于这种现象,牛津大学经济学者丹尼斯斯诺尔称之为“严重经济失调”(Great Economic Mismatch)。

这种情况为未来的新经济格局开辟了另一番前景,也让我们重思和重新构想在这场疫情危机中,目前仍存在的所有工作。

它也让政府带头采取前所未有的措施,首先解决这一经济悖论,然后在行动管制令结束后,重启我们的经济。

要做到这点,需要采取双管齐下的策略,即加强投资公共卫生确保其能力,与此同时也加强投资,让我们的全球供应链多样化,从而减少依赖。

要落实上述措施,首要任务是找出哪些领域在生产和配送过程中,需要肢体接触,及哪些可以不用肢体接触,也可遵守社交距离且在疫情和行动管制令的大环境下,仍表现佳的企业。前者需要通过一系列的措施,来协助将他们的生产和配送过程减少肢体接触,而后者则需要巩固现有过程使之更完善。

此策略的第一部分,可通过政府奖掖和支援企业方式,让他们调整生产过程减少肢体接触,去生产目前稀缺的必需品如口罩、个人防护装备(PPE),以减少依赖进口。

如此一来,大马不仅可以缓解供应短缺,因国内仅有少数主要制造商,也可以着眼于全球市场,且这类产品到处皆极度短缺、需求高,将带来大量外汇。

实际上,每个国家都在谈论这问题──在各自的国内生产这类产品,但只有先行者才能获得丰厚的回报。

此外,也可以提供慷慨的拨款,或资助那些愿意动用实验室的大学实验室,或私人研究公司,去生产可在24小时内知道准确结果的Covid-19测试剂盒。

至于第二个策略,是要多元化我们供应链,目前的问题并不像上世纪30年代所面对大萧条一样,需求显著减少;相反,这里是双重不同的现象,例如现有需要肢体接触的商品消费及服务(例如酒店和餐厅),需求严重下滑,另一方面不需要肢体接触的(如亚马逊和Netflix),需求就急速攀升。

因全球大部分地区处于封锁状态,让亚马逊的首席执行员兼创始人贝佐斯的财富增长了240亿美元(约1048亿8000万令吉),使他的净资产达到了1431亿美元,比全球第二名富豪比尔盖兹高了近400亿美元,及是股神巴菲特资产的两倍。

由于须在现有生产和配送过程中,需要大量肢体接触的领域在裁员,而无需肢体接触的企业又无法请到足够的员工,因此要前者保留工作是无济于事的。与其注入数十亿令吉去保留那些已消失的工作,不如将部分款项,用在劳工及产品市场,促进必要的调整。

这是因为Covid-19是首个打击全球融合经济的大流行病。如今,大多数商品都是全球供应链的产品,生产线中其中一个地点,与另一个地点环环相扣。一个地方停顿下来,另一个地方经济就会受到影响。

政府增加支出、降低税收、调降利率甚至是印钞,可能会使人们在短期内存活,但当人们无法工作时,这些措施并不会刺激生产活动。当大多数商店关门,且快递服务无法满足爆炸性需求时,给予甫失业者一些援助,也不一定可支撑消费。

为了应对这一波新经济危机,我们需要鼓励人们离开已被摧毁的工作,而接受正兴起的工作。对此,我们需要积极的劳动力市场政策。

与其耗费金钱来弥补因工作而来的工资、薪水和自雇收入,但这些工作已不存在及无法长存,加上这疫情短期内无解,疫苗未出炉,也没有群体免疫,政府资助的方向,应从崩溃的领域,转向爆炸性成长的的领域。

因此,愿意将生产过程中,减少肢体接触的领域,给予他们雇用和再培训津贴、搬迁福利及投资贷款,将是正确的前进方式。

賈馬利莫達是EMIR Research的媒体与传播总监,EMIR Research是一个独立的智囊团,专注于根据严格的研究提出战略政策建议。

In this article