The digital railroad

Digital network hubs will emerge as core components of every country’s digital infrastructure, representing the junction box, if you will, for interoperability of goods and services that flow...

983 0
983 0
English

Published by Malay Mail, The Star, Malaysiakini & Sin Chew, image from The Globe and Mail.

My favorite character in Butch Cassidy and the Sundance Kid is neither Butch nor Sundance but Woodcock, whose undying loyalty is to EH Harriman of the Union Pacific Railroad – an enterprise that was repeatedly the target of outlaws of the Wild West.

It turned out that Woodcock knew a good thing when he saw one in Mr. Harriman; for at the dawn of the Industrial Age whoever controlled the railroad tracks controlled the highway of commerce – and much of the economic benefit accruing therefrom.

Today, as we enter the digital age, the railroad is a web of digital tracks which connect all producers and consumers of goods and services; and the same adage is still true: whoever controls the tracks controls the toll-roads of global trade.

It’s not a mere passing squabble that has America and China baring fangs at each other over the race to 5G dominance, itself a super expressway which will make the railroad look like a walk in the park by comparison.

What we are witnessing is the beginnings of a fierce dogfight over the ownerships of digital networks, upon which people and products will be increasingly interconnected. Just as with the railroad, it is imperative that users are able to reach destinations on the network easily and cost-effectively.

This means control of the switches that ‘interoperate’ the digital infrastructure in order to enable access to the many parties (big and small) that need to interact across Malaysia’s digital ecosystem.

For a country like Malaysia, with our limited size and resources, we may not emerge as owners of global digital networks, nor even many of the carriages that ride upon it, but we should be determined to control the interoperability of such networks within the nation.

The importance of this issue is no less than one of our digital sovereignty. In the management of Malaysia’s digital transformation, it is incumbent upon institutions such as MDEC to ensure control and good governance over the infrastructure of our digital ‘railroad tracks’.

Digital network hubs will emerge as core components of every country’s digital infrastructure, representing the junction box, if you will, for interoperability of goods and services that flow through it.

The more interoperability (or seamlessness) that such national hubs offer its users the greater will be the flow of social and commercial traffic. Indeed, the potential for rapid expansion of digital networks requires vigilant oversight by regulatory authorities so that economic benefits are evenly distributed across all strata of society – an initiative that we have labeled ‘Malaysia 5.0’. 

I see the role of MDEC as helping to regulate the flow of traffic with tech sandboxes that allow all participants to test the robustness (safety) and effectiveness (reliability) and ensure everyone a smooth and comfortable ride.

The Industrial Age gave birth to the world’s first private billionaires – Robber Barons, as they came to be known – whose storied names are still familiar to us today: the Astor’s, Carnegie’s and Rockefeller’s. But the names of the future belong to the ER Harriman’s of today, who will build, own and operate the digital railroad of tomorrow.

Dr. Rais Hussin is President & CEO of EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh Malaysiakini, Sinar Harian, Berita Harian & Astro Awani.

Karakter kegemaran saya di dalam cerita Butch Cassidy And The Sundance Kid bukannya Butch atau Sundance, tetapi Woodcock yang setia kepada EH Harriman dari Union Pacific Railroad – sebuah syarikat yang berulang kali menjadi sasaran pemberontak Wild West.

Ternyata Woodcock mengetahui niat Mr Harriman. Pada awal Zaman Perindustrian, sesiapa yang menguasai landasan kereta api bermakna dia menguasai laluan perdagangan – dan terdapat banyak faedah ekonomi yang akan diperolehinya.

Hari ini – ketika kita memasuki era digital – landasan kereta api yang dinyatakan di atas adalah jaringan yang menghubungkan semua pembekal dan pengguna barangan serta perkhidmatan.

Dan formula di atas sekali lagi digunakan: Sesiapa saja yang menguasai ‘landasan kereta api’ tersebut akan menguasai perdagangan global.

Hal itu bukan perkara yang kecil kerana ia membuatkan AS dan China saling bertikam lidah dalam perlumbaan menuju ke arah dominasi 5G – satu landasan atau jaringan yang besar, cukup untuk menjadikan landasan kereta api nampak seperti laluan kaki lima.

Perkara yang sedang kita saksikan ini adalah permulaan kepada pertengkaran yang sengit bagi pemilikan ke atas rangkaian jaringan digital dan menyaksikan manusia serta produk akan saling berkait.

Sama seperti landasan kereta api, sangat penting bagi pengguna untuk sampai ke destinasi dengan mudah dan murah.

Ini bermakna, kawalan terhadap suis yang mengawal infrastruktur digital – membolehkan akses kepada ramai pihak (besar dan kecil) – perlu berinteraksi dalam satu ekosistem digital yang menyeluruh di Malaysia.

Bagi negara seperti Malaysia, dengan sumber dan saiz yang terhad, kita mungkin tidak dapat bersaing dalam pemilikan rangkaian jaringan digital global, namun kita harus bertekad untuk mengawal rangkaian ini agar mereka saling kendali (interoperability) di dalam negara.

Kepentingan dalam isu ini tidak kurang pentingnya dengan kedaulatan digital negara. Dalam pengurusan transformasi digital Malaysia, menjadi tanggungjawab institusi seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memastikan kawalan dan tadbir urus yang baik terhadap infrastruktur ‘landasan kereta api digital’ ini.

Hab rangkaian digital akan muncul sebagai teras asas kepada infrastruktur digital bagi setiap negara mewujudkan laluan untuk saling kendali antara barangan dan perkhidmatan yang melaluinya.

Semakin besar saling kendali yang ditawarkan oleh hab nasional ini kepada pengguna, semakin besar aliran lalu lintas sosial dan komersialnya.

Malah, potensi untuk meningkatkan jaringan digital dengan cepat memerlukan pengawasan yang ketat oleh pihak berkuasa agar manfaat ekonomi dapat diagihkan secara sekata di seluruh lapisan masyarakat.

Inisiatif ini boleh kita labelkan sebagai Malaysia 5.0.

Saya melihat peranan MDEC sebagai pengatur aliran lalu-lintas dengan bantuan teknologi “sandboxes” membolehkan mereka yang terlibat dapat menguji ketahanan (keselamatan) dan keberkesanan (kebolehpercayaan) serta memastikan semua dapat berjalan dengan lancar dan selesa.

Zaman Perindustrian melahirkan jutawan swasta pertama di dunia – Robber Barons, ketika mereka mula dikenali – dengan beberapa nama yang biasa kita dengar pada hari ini: iaitu Astor, Carnegie dan Rockefeller.

Namun, nama-nama yang bakal kita kenali adalah milik ER Harriman pada masa kini – orang yang akan membina, memiliki dan mengendali landasan digital untuk masa hadapan.

Dr. Rais Hussin merupakan Presiden & CEO EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article