The Frivolous Politicization of Islam Must Be Banned

As things stand, the vulgar nature of the dark forces have surfaced in Malaysia. If the vile and venomous display of HIMPIT2023 is anything to go by, the...

454 0
454 0
English

Published in TheStar, The Malaysian Insight, malaymail, FocusMalaysia, MYsinchew & i3Investor, image by AstroAwani.

“Do not do to others what you do not want others to do unto you,” goes one universal adage.

Yet in spite of the total clarity of this saying, which can transcend all cultures and civilizations —- precisely why it is imbued with bountiful wisdom —- there are ultra elements living and operating in Malaysia, who are totally against this basic ethics.

Their arrogance verges on the dark forces that challenge God’s very order to bow to Adam, purely because the latter was made of clay. It has been a perennial challenge of the Diabolical one ever since: to prove to God that Adam and Eve, consequently, all the progenies that come after the pair, would be constantly led astray.

Short of stopping to the level of a certain political party, PAS, that has organized a jingoistic event as mindless as HIMPIT2023 —- Himpunan Parti Islam Trengganu, apparently —-one can’t help but to call a spade a spade.

Yet there is nothing contemptuous let alone heinous in calling it such as the symbols on display behind their pick up truck, was a large double edged sword of metallic silver, adorned with Arabic scripts, that was nothing but a wild attempt to intimidate others. Such a practice must immediately cease and desist as it invites a tit-for-tat in a multi ethnic society that cannot afford the extreme fringes of the society to come to the fore. Now beyond the obvious that this can trigger an orgy of ethnic racial unrest why must one call for its total prohibition ?

First and foremost, Islam is not only a religion of peace but one that encourages all believers alike to be humble. While this quality is personified by Prophet Muhammad SAAS through out his life in Mecca and Medina, there were two incidents that were worth recalling to underscore the essence of Islam.

When Prophet Muhammad SAAS emerged triumphant in his decade long war against the tribe of Qurasyh, the Messenger of God, rode into Mecca on a camel’s back. There was no gallant display of any martial elements at all. All his friends, family members and followers from Medina entered the gate of Mecca with total devotion to serve God: not to put on any show to demonstrate their prowess. None.

If the above recollection is not compelling enough, let us consider another. One day when Prophet Muhammad SAAS realized that an old woman who had been sweeping the mosque had not appeared, the Messenger of God immediately asked for her whereabouts. The companions of the Prophet Muhammad SAAS answered: “Oh Messenger of God. The woman had passed away the night before.” To which Prophet Muhammad SAAS lamented: “She passed away yet no one told me ? Show me where has she been buried then !”

Upon arriving at her freshly garlanded grave, the Messenger of God raised his hands aloft to make a contrite prayer for her. It was exactly that moment where the companions of Prophet Muhammad SAAS realized the error of their own way. That those who go about their tasks quietly and thoughtfully, without seeking any vainglorious compliments, let alone unctuous praises, that were considered those worthy of the attention and affection of the Messenger of God.

Secondly, boorish behavior has always been scorned by Prophet Muhammad SAAS. Once when the Messenger of God passed by a crowd, who were boisterous and outlandish in their behavior, he affirmed while walking away with such words: Come the Day of Judgment, these are the kind of people who would cry and shed their tears of regrets. Once again, the genteel demand of Islam, indeed all its followers across any spatial temporal constraints, was perfectly amplified.

To be sure, Islam is not a religion or a systematic set of beliefs that insist on everyone being austere at all times. There is nothing to ban or prohibit any simple celebration of the end of Ramadhan, the month of the fast. But Islam is definitely against any form of behavior that reeks of the sights and sounds of Mat Rempit, consequently, HIMPIT2023 too.

As things stand, the vulgar nature of the dark forces have surfaced in Malaysia. If the vile and venomous display of HIMPIT2023 is anything to go by, the politicization of race —- a pseudo ultra Malay one that has nothing to do with the classic qualities of a Malay majority —- has begun with sheer earnestness.

It is nevertheless thoughtful on the part of the Minister of Religious Affairs, therein, Datuk Naim, to remind all Muslims while Islam is not against any form of festivities that harbor the best of intentions, those that have the patina and appearance of challenging the modesty of oneself and others, are downright abjured by the tradition of the Prophets and Quran.

Meanwhile, those who are against the grotesque and distasteful nature of HIMPIT2023 should demand an outright apology from the organizers, without which the Sedition Act of 1948, can and should be used against the perpetrators of all forms of religious disquiet that seek to perpetually rock the boat of inter racial harmony.

Dr. Rais Hussin is President and Chief Executive Officer at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Malaysi

Pempolitikan Islam yang Semberono Perlu Dilarangkan

Diterbitkan oleh Malaysiakini.

Pepatah ada menyebut, “Berbuatlah kepada orang lain apa yang kamu kehendaki mereka perbuat kepada kamu”.

Walaupun mesej yang terkandung dalam pepatah ini jelas menonjolkan keupayaannya untuk diterapkan dalam pelbagai budaya dan tamadun – sememangnya mengapa ia dilimpahi dengan kebijaksanaan – terdapat pelbagai elemen lain di Malaysia yang berfungsi menentang sepenuhnya asas etika ini.

Keangkuhan mereka telah mendekatkan diri mereka dengan “unsur durjana” seperti iblis yang enggan mematuhi perintah Tuhan supaya sujud kepada Nabi Adam dan Hawa, hanya kerana mereka diciptakan daripada tanah liat. Sejak itu, iblis bersumpah kepada Tuhan untuk menyesatkan keturunan anak cucu Nabi Adam sehingga hari kiamat.

Program yang tidak berakal berunsurkan jingoisme seperti HIMPIT2023 – Himpunan Parti Islam Terengganu yang dianjurkan oleh sebuah parti politik, PAS, dilihat seolah-olah telah merendahkan martabat parti politik tersebut sekaligus mendesak seseorang untuk bersuara bak kata pepatah, berkatalah benar walaupun pahit.

Namun, tindakan melabelkannya sedemikian sama sekali tidak menghina atau mengeji, sama seperti lambang yang dipamerkan di belakang kenderaan mereka: pedang besar bermata dua yang diperbuat daripada perak dan terukir dengan aksara Arab. Ini tidak lebih daripada sebuah percubaan gila bagi menakutkan orang ramai. Dalam komuniti berbilang etnik, kelakuan sebegini perlu dihentikan serta merta kerana ia boleh menggalakkan tingkah laku seperti alang berjawab tepuk berbalas. Amat jelas bahawa ini akan mencetuskan persengketaan antara kaum dan etnik.

Selain itu, apa sebabnya perlu ada larangan sepenuhnya terhadap perkara ini?

Pertama sekali, Islam adalah agama yang menekankan kerendahan hati dalam diri semua penganutnya serta merupakan sebuah agama yang mementingkan keamanan dan kesejahteraan. Sifat ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sepanjang kehidupan Baginda di Makkah dan Madinah, dalam dua peristiwa yang jelas memperlihatkan gambaran Islam secara keseluruhan.

Nabi Muhammad SAW pergi ke Makkah dengan menaiki unta setelah Baginda memenangi pertempuran yang berlangsung selama sepuluh tahun menentang kaum Quraisy. Para sahabat, ahli keluarga serta pengikut Baginda dari Madinah memasuki pintu kota suci Makkah tanpa sebarang pertumpahan darah, sebaliknya hanya penuh dengan pengabdian kepada Tuhan: bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mempamerkan kekuasaan mereka. Tidak sama sekali.

Peristiwa lain pula ialah apabila Nabi Muhammad SAW tidak nampak seorang wanita tua yang sering membersihkan masjid, maka Rasulullah SAW segera bertanya kepada para sahabat akan keberadaan wanita tersebut. Para sahabat Baginda kemudian menjawab: “Wahai Rasulullah, beliau telah meninggal dunia malam tadi.” Lalu Nabi Muhammad SAW berkata: “Tiada seorang pun yang mengkhabarkan kepadaku? Tunjukkan kepadaku di mana kuburnya!”

Sebaik sahaja Rasulullah SAW mendatangi makam tersebut, Baginda segera mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. Para sahabat mengakui kesilapan yang mereka lakukan serta menyedari bahawa mereka yang menjalankan tugasnya dengan tenang dan bertimbang rasa tanpa mengharapkan pujian, adalah mereka yang layak mendapat perhatian dan kasih sayang Rasulullah SAW.

Kedua, Nabi Muhammad SAW tidak pernah merestui perbuatan yang tidak beradat dan kasar. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Pada hari kiamat, mereka adalah orang-orang yang akan menitiskan air mata penyesalan”, ketika berjalan melewati sekumpulan orang yang berkelakuan semberono dan keterlaluan. Sekali lagi, Islam menuntut semua penganutnya tanpa mengira batasan ruang dan waktu agar bersikap sopan.

Memang Islam bukanlah sebuah sistem agama atau kepercayaan yang mendesak semua orang bersikap tegas pada setiap masa. Tidak ada larangan yang menghalang sambutan bulan Ramadhan dilakukan dengan meriah tetapi Islam menentang sebarang bentuk perbuatan yang mempunyai unsur-unsur seperti Mat Rempit, malah, HIMPIT2023 juga.

Unsur durjana telah mula menjelmakan diri mereka di Malaysia. Jika HIMPIT2023 yang penuh dengan kebencian dan menjijikkan itu menggambarkan pempolitikan kaum – golongan pelampau kaum Melayu yang tiada sebarang kaitan dengan ciri-ciri tradisi majoriti Melayu – telah bermula dengan penuh kesungguhan.

Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Naim telah mengingatkan umat Islam bahawa Islam tidak menentang mana-mana perayaan dengan niat yang baik tetapi tindakan mereka yang tonjol dengan penampilan yang mencabar nilai peradaban diri sendiri dan orang lain, dilarang sama sekali kerana bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Sementara itu, mereka yang membantah sekerasnya penganjuran HIMPIT2023 yang dianggap menjijikkan sewajarnya menuntut permohonan maaf daripada pihak penganjur, dan jika tidak, Akta Hasutan 1948 boleh dan harus digunakan untuk mereka yang sering menggugat keharmonian antara kaum.

Dr Rais Hussin adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh

In this article