Who is the Orang Minyak of Semenyih ?

Have UMNO and PAS have been caught with their pants down?

1497 0
1497 0
English

Published by Astro Awani, image from Astro Awani.

ORANG Minyak, in Malay folklore, is real. He (there is no account of a she to this date !) is the sly, oily, and savage person, who goes in and out of people’s home, to pilfer, rape and plunder.

Very soon, UMNO and PAS will produce an “Orang Minyak,” to run in the Semenyih by election on March 2nd 2023. Why ? There are many reasons but it is important to understand what is the most important one.

First, and foremost, UMNO and PAS have been literally caught with their pants down. Even Hadi Awang has has to withdraw his trial against Clare Rewcastle-Brown in London. Thus, Hadi Awang, despite being a self acclaimed Islamic scholar, has refused the legal privilege to challenge the claim of Clare Rewcastle-Brown, a certifiable journalist, with previous background from the respectable British Broadcasting Corporation (BBC), that the leadership of PAS had been on the take from UMNO. The amount is staggering to say the least: RM 90 million.

Despite the gravity of the claim, and the enormity of the bribe, one would have expected Hadi Awang to challenge the veracity of Clare Rewcastle-Brown all the way. But it seems truth is not important to Hadi Awang – a habit he has adopted from UMNO and former Prime Minister Najib Razak and his ilk.

Now, if sheer surrender is not an admission of guilt, the article remains in Sarawak Post for all to read. Hundreds of thousands, if not millions of Malaysians, and academicians who follow Malaysian politics, will take the above as a credible news.Second, precisely due to the allegations of RM 90 million bribe, PAS has no loin cloth, let alone a fig leaf, to cover its most exposed area. When pressed to the corner, what does it do ? If holds hands with UMNO to cover each other’s most private and sordid shame.

Semenyih’s by-election is where the Game of Shame begins. Instead of owning up to their flaws, UMNO and PAS will solidify their electoral pact to challenge almost everyone else linked to Pakatan Harapan.

The only way to succeed, in defeating Pakatan Harapan, is slick and oily spin, the likes of which that cannot stay on one’s skin.  Thus who ever represent UMNO and PAS, with be the candidate not unlike the Orang Minyak depicted in the movie by the same name by the late Tan Sri P Ramlee too.

Third, PAS knows the trial of Najib would begin in earnest in the following weeks to come. More news and sordid stories of complex financial transfers will weigh UMNO and PAS down like a ton of brick. When deprived of any options, what does UMNO and PAS do ? They will deny, deny and deny, that they had anything to do with the financial heist of Malaysia, either through 1MDB or SRC, invariably, through Goldman Sachs too.

Having said all of the above, Pakatan Harapan is not without its shortcomings too. Within the ranks of Pakatan Harapan, some allegedly have had fake degrees camouflaged as real ones. But, at the very least, there are elements like Deputy Trade Minister Ong Kian Ming who called the bluff, as did this author.

Come what may, Semenyih is not a big election to be trifled with. If Pakatan Harapan wants to be the mainstay of Malaysian government, it has to take any by-elections seriously, especially if the said areas have a high concentration of Malay voters.

At 68 per cent, the number of Malay voters are not going to be anymore higher in an urban areas. But it is high. Thus, with or without a strong electoral turn out on March 2nd, analysts and pundits alike would look at Semenyih as the barometer of the performance of Pakatan Harapan. As they are watching, they will also be amazed by how so UMNO and PAS have schemed, and planned, to plant their Orang Minyak in the midst of an area that is not too far away from Putrajaya. Beware of the men and women who sell snake oil, as the warning goes. But be doubly cautious of the Orang Minyak from UMNO and PAS. And, if there is a need for any fresh reminder of the odious character, it does not hurt to watch the cinematic production of the late Tan Sri P. Ramlee again.

Dr. Rais Hussin is President & CEO of EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh Malaysiakini, gambar-gambar daripada Malaysiakini.

Istilah ‘Orang minyak’ yang sering disebut-sebut dalam dongeng Melayu adalah suatu watak yang benar. Dia disifatkan sebagai seorang yang licik, berminyak dan liar, yang menyusup masuk ke dalam rumah orang untuk mencuri dan merogol.

Tidak lama lagi, Umno dan PAS akan mencalonkan ‘orang minyaknya’ untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Semenyih pada 2 Mac 2019. Apakah sebabnya? Ada beberapa sebab untuk itu, dan yang paling penting sekarang adalah mengetahui sebab utama mereka.

Pertamanya, Umno dan PAS telah pun pecah tembelang. Hatta Presiden PAS Abdul Hadi Awang terpaksa menarik balik saman beliau terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di London. 

Meskipun menganggap dirinya sebagai tokoh Islam, Abdul Hadi telah mengabaikan peluang untuk mencabar tuduhan Clare Rewcastle-Brown, seorang wartawan yang berpengalaman bersama British Broadcasting Corporation (BBC), bahawa pimpinan PAS telah menerima sejumlah wang dari Umno. Jumlahnya agak besar, iaitu RM90 juta.

Melihat betapa beratnya tuduhan ini, dan jumlah suapan yang agak besar, kita menjangkakan bahawa pasti Abdul Hadi akan menyangkal tuduhan Clare dan mempertahankan kebenaran habis-habisan. Tetapi, kebenaran tidak penting buat Abdul Hadi.

Nampaknya beliau telah mempelajari suatu tabiat baru daripada Umno dan bekas perdana menteri Najib Razak dan rakan-rakannya.

Seandainya menarik balik saman tidak membuktikan kesalahannya, rakyat masih boleh menilai kerana artikel asal masih ada pada laman sesawang Sarawak Report. 

Ratusan ribu rakyat Malaysia termasuk ahli akademik, jika tidak jutaan, yang mengikuti perkembangan politik tanah air akan menganggap artikel tersebut sebagai benar.

‘Pertandingan malu’

Keduanya, tuduhan suapan RM90 juta itulah yang menjadikan PAS tidak lagi mampu untuk menyelindungi malunya. Apabila ia berterusan didesak, tiada lagi jalan selamat kecuali mengharapkan Umno untuk melindunginya.

PRK Semenyih merupakan titik tolak kepada ‘pertandingan malu’. Daripada mengaku akan salah silap sendiri, Umno dan PAS akan memperkukuh pakatan kerjasama mereka untuk mencabar hampir sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan Pakatan Harapan (PH).

Satu-satunya jalan untuk menewaskan PH adalah dengan cara putar-belit dan taktik licik. Oleh itu, sesiapa sahaja yang akan mewakili Umno dan PAS kelak tidak ubah seperti ‘orang minyak’ yang licik dan licin itu, sebagaimana yang pernah ditayangkan dalam filem ‘Sumpah Orang Minyak‘ arahan Tan Sri P Ramlee.

Ketiga, PAS sedar bahawa perbicaraan Najib akan bermula tidak lama lagi. Lebih banyak liputan berita akan disiarkan dan lebih banyak maklumat mengenai penyaluran wang yang kompleks akan didedahkan, menjadikan Umno dan PAS semakin terbenam ke dasar kegelapan. 

Apabila tidak lagi mempunyai pilihan, apakah yang akan dilakukan oleh Umno dan PAS? Mereka akan menekan butang ‘nafi.’ Menafikan keterlibatan mereka dalam setiap perkara, terutamanya yang berkaitan dengan kemelut kewangan 1MDB, SRC, dan termasuklah Goldman Sachs.

Adapun PH, ia juga tidak terlepas daripada dirudung malapetaka. Dalam kalangan pimpinan PH sendiri, ada yang telah dikesan sebagai memiliki ijazah palsu. 

Namun setidaknya, ada daripada kalangan mereka, seperti Timbalan Menteri Perdagangan Ong Kian Ming yang menegur mengenai tindakan pemalsuan itu, sebagaimana yang penulis juga cuba lakukan.

Walau apa pun, kita mesti mengakui bahawa PRK Semenyih tidak boleh diambil mudah. Sekiranya PH ingin kekal berkuasa di Putrajaya, ia mesti mengambil serius PRK ini, terutamanya apabila dikatakan bahawa demografi kawasan tersebut bermajoriti Melayu.

Jumlah komposisi Melayu tidak akan mencecah lebih daripada 68% di kawasan bandar. Tetapi pada kali ini di Semenyih, jumlah itu agak tinggi. Oleh itu, sama ada peratus keluar mengundi tinggi ataupun rendah pada 2 Mac kelak, ia tetap akan dijadikan sebagai barometer oleh para penganalisis terhadap prestasi PH. 

Mereka juga akan terkesima melihat bagaimana Umno dan PAS berpakat dan merencana bersama untuk menempatkan orang minyak di kawasan yang tidak seberapa jauh daripada Putrajaya itu.

Seringkali kita terdengar, berhati-hatilah dengan orang yang menjual minyak ular. Namun dalam hal ini, rakyat perlu lebih berhati-hati dengan ‘orang minyak’ daripada Umno dan PAS. 

Sekiranya ada yang terlupa bagaimana rupa dan tindak-tanduk orang minyak, tidak rugi untuk menonton kembali filem monumental al-Marhum Tan Sri P Ramlee semula.

Dr. Rais Hussin merupakan Presiden & CEO EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article