Be alert and look for signs

Cyberbullying is a real and pervasive threat to the health and safety of today’s online youth.

1308 0
1308 0
English

Published by New Straits Times, image from New Straits Times.

As the use of technology has evolved, bullying has moved into the online world. One can be a cyberbully or be cyberbullied.

In 2018, Malaysia ranked number six out of 28 countries worldwide in the number of cyberbullying cases.

According to one report, 28 per cent of 6,953 young people in Malaysia claimed that they have been a victim of online bullying, with 43 per cent experiencing it via online games, private messaging and social media apps such as Facebook, Instagram, WhatsApp, YouTube and Twitter.

In the past, bullying occurred face to face. With cyberbullying, it can go on 24 hours a day. The effects are instant, widespread and permanent.

Seen in this light, the intensity of cyberbullying is greater than that of traditional bullying.

The common harassment that victims encounter online is name-calling, which is often seen as a joke but is harmful. For example, calling someone gemuk (fatso), hitam (blackie), jongang (protruding) or any other derogatory name chips away at the victim’s sense of self-worth.

Experts highlight that victims of cyberbullying often refuse to report it due to the social stigma, humiliation and scared of being deprived online privileges by their parents.

A 2018 study, however, indicated that parents are willing to help their children prevent and solve cyberbullying but they do not have a clue on how to start.

Some are even unaware that their children are being cyberbullied or are the cyberbullies.

It is therefore important for us to be aware of the signs. Their children could be a victim if they seem nervous or jumpy when they receive a message or email; if they are uneasy about going out or going to school; and if they turn off the computer monitor or changes screens every time you walk by.

Once we notice this kind of behaviours, talk to your children. If it is true they are being cyberbullied, advice them to not respond. Provoking a reaction from the victim is exactly what the cyberbullies want so tell your children to not give them the satisfaction.

Keep all messages, pictures and texts (with date and time) as proof. This is crucial when you need to make a police report. The evidence will help the law enforcement officers to prosecute.

Apart from the police, parents can file a report to Cyber999 Help Centre via the following ways: Submit an online report by emailing to cyber999@cybersecurity.my; SMS to 15888 using the following format: CYBER999 REPORT or call the toll-free line at 1-300-88-2999.

Next, limit the children’s screen time and maximise their time with friends and family members.

Limiting screen time will curb cyberbullying and give the children some emotional space.

Monitor their online activities regardless of how much they resent it. Request to “friend” or “follow” your children on their social media sites but do not comment or post anything.

By knowing their online activities, we can avoid potential trouble. But what if our children are the cyberbullies?

In this case, it is important to remain calm and try to discuss the issue without criticising, disrespecting or judging them.

Bear in mind that our children are not the problem but their behaviour is.

Be stern but treat them with dignity as they may lash out if they feel attacked.

If the behaviour persists, it may be time to ask professional assistance.

It is better for parents to take steps to manage their behaviour rather than waiting for others (the school authorities or police) to step in.

Cyberbullying is a real and pervasive threat to the health and safety of today’s online youth.

The Internet is a vital part of their daily lives. It is now more important than ever to talk to them about cyberbullying.

Parents should pay more attention to their children and be proactive. It can help prevent cyberbullying.

Nurafifah Mohammad Suhaimi is Research Assistant at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh Malaysia Gazatte.

PERCAMBAHAN pesat telefon pintar dan kebangkitan media sosial telah mengubah di mana, bila, dan bagaimana gejala buli berlaku. Pembuli telah lama wujud di dalam masyarakat kita. Seiring dengan perkembangan teknologi, gejala buli pada masa kini telah beralih ke dunia dalam talian – yang dikenali sebagai buli siber.

Seorang kanak-kanak boleh menjadi pembuli siber atau mangsa buli siber, kedua-duanya berisiko tinggi untuk mengalami penyakit gelisah, kemurungan dan lebih buruk lagi – bunuh diri.

Pada 2018, Malaysia berada di kedudukan yang keenam dari 28 negara yang mencatatkan kes buli siber terbanyak di seluruh dunia. Sementara itu, 28% daripada 6,953 remaja di Malaysia mendakwa bahawa mereka telah menjadi mangsa buli dalam talian, dengan 43% mengalaminya melalui permainan dalam talian, mesej peribadi dan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, YouTube dan Twitter. Ini menunjukkan bahawa fenomena buli siber telah menjadi semakin runcing di negara kita.

Berbanding dengan gejala buli tradisional di mana ianya berlaku secara bersemuka, buli siber mempunyai kesan segera, meluas dan kekal, memandangkan pembuli boleh menyerang mangsa 24 jam sehari. Oleh itu, terdapat kekhuatiran bahawa intensiti buli siber adalah lebih tinggi daripada buli tradisional.

Antara jenis gangguan biasa yang dihadapi oleh mangsa buli siber dalam talian adalah nama gelaran yang sering dijadikan sebagai satu bahan jenaka. Ia berbahaya kerana nama gelaran merupakan cubaan untuk mendefinisikan seseorang.

Sebagai contoh, dengan menggelarkan seseorang sebagai gemuk, hitam, jongang atau apa-apa nama lain boleh meragut harga diri dan maruah mangsa. Dan lebih buruk lagi, gelaran nama ini menjadikan mangsa semakin sukar untuk percaya tanggapan mereka mengenai diri mereka sendiri.

Pakar menyatakan bahawa mangsa buli siber enggan melaporkan kepada ibu bapa atau guru mereka kerana mereka berasa terhina dengan stigma sosial dan bimbang jika ibu bapa akan mengambil telefon pintar/tablet mereka dengan serta-merta.

Namun, kajian pada 2018 menunjukkan ibu bapa ingin membantu anak-anak mereka untuk mencegah dan menangani masalah buli siber tetapi mereka tidak tahu untuk memulakannya. Malah, ada sesetengah daripada mereka juga langsung tidak menyedari anak-anak mereka sedang dibuli siber atau bahkan seorang pembuli siber.

Oleh kerana anak-anak anda mungkin tidak akan memberitahu anda mengenainya, adalah penting bagi anda mengenal pasti tanda-tanda mereka sedang menjadi mangsa buli siber. Mereka boleh menjadi mangsa buli siber jika:

  • Mereka kelihatan gementar atau resah apabila mendapat mesej segera atau e-mel;
  • Mereka kelihatan tidak selesa untuk keluar atau pergi ke sekolah; dan
  • Mereka mematikan monitor komputer atau menukar skrin setiap kali anda mendekati mereka.

Sebaik sahaja anda mengenal pasti kelakuan seperti ini, apakah yang anda perlu lakukan seterusnya? Pertama sekali, dorong anak anda untuk tidak bertindak balas kepada pembuli siber.

Mereka mungkin menyakiti perasaan anak anda atau bahkan anda, tetapi bertindak balas hanya akan menjadikan keadaan lebih buruk. Tambahan pula, reaksi mangsa adalah apa yang pembuli siber mahukan, jadi usah berikan kepuasan tersebut kepada mereka.

Pastikan anda menyimpan semua mesej, gambar dan teks (dengan tarikh dan masa) yang membuktikan anak anda dibuli siber. Hal ini penting apabila buli siber menjadi semakin serius, jadi anda mempunyai bukti yang boleh digunakan untuk membuat laporan polis dan memudahkan pegawai penguatkuasa undang-undang untuk mendakwa.

Selain pihak polis, Pusat Bantuan Cyber999 adalah perkhidmatan yang disediakan di Malaysia untuk ibu bapa yang ingin melaporkan kes buli siber melalui cara berikut:

  • Hantar laporan dalam talian melalui laman web;
  • E-mel kepada cyber999@cybersecurity.my;
  • SMS ke 15888 menggunakan format berikut: CYBER999 REPORT; dan
  • Hubungi talian bebas tol di 1-300-88-2999

Seterusnya, hadkan masa skrin anak-anak anda dan maksimumkan masa mereka dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Walaupun buli siber itu menyakitkan, ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa tidak dapat menahan godaan untuk memeriksa laman web atau telefon pintar mereka bagi melihat sebarang mesej yang baru sahaja masuk.

Lantaran itu, dengan menghadkan masa skrin mereka, ia secara tidak langsung menghadkan peluang untuk pembulian siber dan memberi anak anda ruang emosi dari dunia tersebut, terutamanya pada waktu malam.

Juga, ibu bapa perlu memantau kegiatan dalam talian anak mereka walaupun anak anda membencinya. Cuba “berkawan” atau “ikut” anak anda di laman media sosial mereka. Tetapi, janganlah salahgunakan keistimewaan ini dengan memberi komen atau menyiarkan sesuatu pada profil anak anda.

Bagaimana pula jika anak-anak anda adalah pembuli siber?

Apabila menangani isu buli siber, adalah penting anda kekal tenang dan cuba membincangkan isu dengan rasional tanpa mengkritik, mengecilkan atau menghukum anak anda. Ingat, anak anda bukanlah masalahnya, tetapi tingkah laku mereka yang menjadi masalah.

Berurusanlah dengan mereka secara tegas, tetapi perlakukanlah mereka secara bermaruah. Jika tidak, mereka mungkin akan memberontak, yang pada akhirnya, tiada kemajuan akan dibuat.

Jika mereka masih tidak berubah, sudah tiba masanya meminta bantuan ahli profesional kesihatan. Ibu bapa perlulah lebih proaktif dalam menangani masalah ini sebelum berlakunya campur tangan pihak luar seperti pihak sekolah atau polis.

Buli siber kini menjadi ancaman yang nyata dan meluas terhadap kesihatan dan keselamatan belia di dalam talian pada hari ini. Isu ini tidak boleh dipandang enteng lagi memandangkan mereka hidup di zaman di mana internet adalah segalanya.

Kepada ibu bapa di luar sana, berikan sepenuh perhatian dan sentiasa peka terhadap anak anda kerana ia dapat membantu untuk mencegah buli siber sebelum ia berlaku.

Nurafifah Mohammad Suhaimi adalah Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article