Budget 2021 To Help Support Manufacturing Sector

Budget 2021 could help mitigate the COVID-19 impact on the manufacturing sector and retain high economic competitiveness as a manufacturing hub.

1256 0
1256 0
English

Published by Bernama, image from Bernama.

The measures announced in Budget 2021 in driving investments into Malaysia so as to make the manufacturing sector more vibrant are indeed timely as the purchasing managers’ index (PMI) – an indicator of the economic health for the manufacturing sector – has started to come down, from 49.0 in September 2020 to 48.5 in October 2020.

This happened after the PMI had shown a positive development in July, whereby the reading reached the 50-mark threshold before it started to drop again below 50.

Undeniably, the latest figure of PMI was not a good sign for the country as it gives the image of the contraction experienced by the manufacturing sector as a result of the decline in demand during the crisis. To represent an expansion of the sector, it should cross more than the 50-mark threshold.

Surge of COVID-19 cases

Chief Business Economist of IHS Markit, Chris Williamson, reported that the surge of COVID-19 cases had generated concerns for manufacturers over further restriction measures that would affect supply and demand and also decrease the business confidence.

Both output and new orders also slowed further in October compared to the previous month, which is expected to remain until November, or even in the subsequent months if COVID-19 infection in the country is not improving.

It appears difficult for the country as well to secure any good news for the next PMI figures in November and so on, depending on how the pandemic virus plays out next year.

Previously, the implementation of the Recovery Movement Control Order became the saviour of the situation because the PMI for June and July was well above the readings recorded during the COVID-19 downturn of 49.0 on average.

But the third wave of COVID-19 infection has begun to hit the manufacturing sector back due to restriction measures to curb the COVID-19 spread, specifically by the implementation of Conditional Movement Control Order and Enhanced Movement Control Order.

The IHS Markit also proved that the extension and reintroduction of restrictions to curb the spread of COVID-19 was allegedly a key factor behind the worsening market demand and the scaling back of production.

As a result, it could be prolonged across the year due to the continuous record of three-digit COVID-19 infections and even four-digit daily cases for a couple of times.

Despite the pessimistic view and development, Budget 2021 measures will undoubtedly secure a great deal of protection and assistance for the sake of the sector’s survival in facing the severe impact from the pandemic.

Development spending

As stated by the President of the Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Tan Sri Soh Thian Lai, the RM69 billion development spending under the 2021 Budget was commendable.

Budget 2021, which comprises initiatives and incentives towards facilitating greater access to financing and small-and-medium-sized enterprises (SMEs) development, will also bring new hope to the manufacturing sector as a saviour during the crisis.

As mentioned by AmBank Research, the economic recovery in 2021 will be supported by measures under Budget 2021; the RM305 billion stimulus packages announced previously and an anticipated improvement in global trade, among others.

Protecting the manufacturing sector will not only ensure its significant contribution to job security and national income during the crisis, but will also help the nation to bounce back the economy.

The share of employment in the sector is the second-highest after the services sector, at 17.8% in 2019 – a notable contribution of the manufacturing sector to employment.

The latest report by the Department of Statistics also revealed that the increase in the number of employed persons by 0.3% month-on-month (m-o-m) in September to 15.19 million persons was mainly due to the manufacturing and services sector.

The high contribution of the manufacturing sector to the country’s economy has also been indicated in a joint study by KPMG and The Manufacturing Institute in the US that Malaysia is ranked fourth among 17 economies in an assessment comparing economic competitiveness as a manufacturing hub.

It is believed that Budget 2021 could help mitigate the COVID-19 impact on the manufacturing sector and retain high economic competitiveness as a manufacturing hub, specifically through the allocation of RM1 billion for high technology and high value-added investment incentive packages in Budget 2021.

InvestKL also significantly illustrates one of the good examples of efforts to protect the manufacturing sector, as the agency’s CEO Muhammad Azmi Zulkifli confirmed that they were consistent in supporting investments in Malaysia, even now through virtual activities.

Thus, it can be inferred that a clear picture of the main emphasis now should be on strengthening our economy and, in this case, more towards the manufacturing industry.

Farhan Kamarulzaman is Research Assistant at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melay

Diterbitkan oleh The Malaysian Insight & Berita Harian.

Langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 untuk mendorong pelaburan ke Malaysia bagi merancakkan sektor pembuatan sememangnya tepat pada masanya kerana Indeks Pengurus Pembelian (PMI) iaitu petunjuk kesihatan ekonomi bagi sektor pembuatan mulai turun dari 49.0 pada September 2020 kepada 48.5 pada Oktober 2020.

Ini berlaku setelah PMI menunjukkan perkembangan positif pada bulan Julai, di mana bacaannya mencapai ambang 50 markah sebelum ia mulai turun lagi di bawah 50.

Tidak dapat dinafikan angka terbaru PMI bukanlah petanda baik bagi negara kerana ia memberikan gambaran penguncupan yang dialami oleh sektor pembuatan akibat penurunan permintaan semasa krisis Covid-19.

Bagi mewakili pengembangan sektor ini, ia haruslah melepasi ambang 50 markah.

Ketua Ekonomi Perniagaan IHS Markit, Chris Williamson melaporkan lonjakan kes Covid-19 menimbulkan kebimbangan kepada pengeluar mengenai langkah sekatan selanjutnya yang akan mempengaruhi penawaran dan permintaan serta menurunkan keyakinan perniagaan.

Kedua-dua pengeluaran dan pesanan baru juga semakin perlahan pada Oktober berbanding bulan sebelumnya dan dijangkakan akan kekal sehingga November atau bahkan pada bulan-bulan berikutnya sekiranya jangkitan Covid-19 di negara ini tidak bertambah pulih.

Ia nampaknya sukar juga bagi negara untuk menerima berita baik untuk angka PMI berikutnya pada November dan seterusnya yang bergantung kepada situasi virus pandemik itu pada tahun hadapan.

Sebelum ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan menjadi penyelamat keadaan kerana PMI pada Jun dan Julai berada jauh di atas bacaan yang direkodkan semasa penurunan kes Covid-19 iaitu pada 49.0 secara purata.

Akan tetapi, gelombang ketiga jangkitan Covid-19 mulai melanda sektor pembuatan kerana langkah-langkah sekatan untuk mengekang penyebaran Covid-19, khususnya dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

IHS Markit juga membuktikan penyambungan dan pengenalan semula sekatan untuk mengekang penyebaran Covid-19 diduga merupakan faktor utama di sebalik permintaan pasaran yang semakin teruk dan pengurangan pengeluaran.

Akibatnya, ia boleh berpanjangan sepanjang tahun kerana negara masih merekodkan rekod berterusan jangkitan tiga digit Covid-19 dan bahkan empat digit kes harian untuk beberapa kali sehingga ke hari ini.

Selain pandangan dan perkembangan pesimis, langkah Belanjawan 2021 pasti akan memberikan banyak perlindungan dan pertolongan demi kelangsungan sektor ini dalam menghadapi dampak buruk wabak tersebut.

Seperti yang dinyatakan oleh Presiden Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) Soh Thian Lai, perbelanjaan pembangunan RM69 bilion di bawah Belanjawan 2021 adalah sesuatu yang boleh dipuji.

Belanjawan 2021 yang merangkumi inisiatif dan insentif untuk memudahkan akses yang lebih besar kepada pembiayaan dan pengembangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga akan memberi harapan baru kepada sektor pembuatan sebagai penyelamat semasa krisis.

Seperti yang disebutkan oleh AmBank Research, pemulihan ekonomi pada 2021 akan disokong oleh langkah di bawah Belanjawan 2021; pakej rangsangan bernilai RM305 bilion yang diumumkan sebelum ini dan jangkaan peningkatan dalam perdagangan global antara lain-lain.

Usaha melindungi sektor pembuatan bukan sahaja memastikan sumbangannya yang besar terhadap keselamatan pekerjaan dan pendapatan negara semasa krisis tetapi juga membantu negara untuk membangkitkan kembali ekonomi.

Bahagian sumbangan pekerjaan oleh sektor ini adalah kedua tertinggi setelah sektor perkhidmatan pada 17.8% pada 2019 yang menunjukkan sumbangan sektor pembuatan adalah ketara terhadap pekerjaan.

Laporan terbaru oleh Jabatan Perangkaan Malaysia juga menunjukkan bahawa peningkatan jumlah pekerja dengan 0.3% bulan ke bulan (m-o-m) pada bulan September, iaitu kepada 15.19 juta orang terutamanya disebabkan oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Sumbangan sektor perkilangan yang tinggi terhadap ekonomi negara juga ditunjukkan dalam kajian bersama oleh KPMG dan The Manufacturing Institute di AS bahawa Malaysia berada di kedudukan keempat di antara 17 ekonomi dalam penilaian yang membandingkan daya saing ekonomi sebagai pusat pembuatan.

Dipercayai Belanjawan 2021 dapat membantu mengurangkan kesan Covid-19 terhadap sektor pembuatan dan mengekalkan daya saing ekonomi yang tinggi sebagai pusat pembuatan, khususnya melalui peruntukan RM1 bilion untuk pakej insentif pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi dalam Belanjawan 2021.

InvestKL juga menunjukkan salah satu contoh usaha yang baik untuk melindungi sektor pembuatan kerana ketua pegawai eksekutif agensi itu, Muhammad Azmi Zulkifli turut mengesahkan bahawa mereka konsisten dalam menyokong pelaburan di Malaysia, bahkan sekarang melalui aktiviti maya.

Oleh itu, ia dapat disimpulkan ini adalah gambaran jelas mengenai penekanan utama sekarang dalam memantapkan ekonomi kita dan dalam hal ini, lebih kepada industri pembuatan.

Farhan Kamarulzaman merupakan Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article