Corruption must end, uphold transparency!

Corruption impoverishes the poor and the most vulnerable in our society.

806 0
806 0
English

Published by Malay Mail, Marketing Magazine, New Straits Times, Digital News Asia & Bernama, image from New Straits Times.

Corruption impoverishes the poor and the most vulnerable in our society. As the Chairman of MDEC, I support initiatives to address the scourge of corruption in Malaysia.

Corruption hurts the poor disproportionately, diverts funds intended for development, leaks precious public resources, and undermines a government’s ability to provide basic services.

MDEC is strongly committed to radical transparency, accountability, and integrity under MDEC’s “Reinvent’ mission, which will drive our strategy moving forward, thereby ensuring that we serve the Rakyat and industry better.

MDEC has taken serious measures to improve administrative processes. Recently we engaged KPMG and Ernst & Young to provide expert counsel to further strengthen governance in the organisation.

As an example, we have eliminated direct negotiation and closed tenders’ practices and instituted an open tender system.

We recently introduced Discretionary Authority Limits (DAL) which clearly specifies the limits of authority, processes and reporting that will govern the utilization of all MDEC grant disbursement and resources.

MDEC’s “Reinvent” mission promotes governance processes and policies that uphold competency, accountability and radical transparency with an emphasis on the ‘know-how’ instead of the ‘know-who’ as the key criterion in fair and transparent evaluation.

The success of Sinar’s Rasuah Busters initiative requires not only awareness, but also proactive and persistent involvement from all stakeholders in the ecosystem.

Increased education, enforcement and a strong political will are all required to ensure the success of this virtuous endeavour to transform Malaysia into the heart of Digital Asean and to improve the lives of each and every Malaysian.

As an agency under the Ministry of Communications and Multimedia Malaysia (KKMM) with nearly 25 years of experience in nationwide implementation of ICT and the digital economy, MDEC leads the aspiration of Malaysia to establish itself as a regional digital powerhouse with global champions at the forefront of the Fourth Industrial Revolution.

Datuk Wira Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff is President & CEO at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melay

Diterbitkan oleh Malaysia Gazette & Sinar Harian.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memaklumkan bahawa agensi tersebut tidak akan memberikan sebarang penganugerahan tender melalui rundingan secara terus ataupun tertutup dalam pengurusan projeknya.

Pengerusinya, Datuk Dr Rais Hussin berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha yang dilakukan MDEC dalam menyokong inisiatif untuk menangani masalah rasuah di Malaysia.

Katanya, agensi yang diterajuinya itu sangat komited untuk mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan mengangkat integriti sesuai dengan misinya iaitu ‘Reinvent (mencipta semula) MDEC’.

“Dengan merealisasikan misi ini, ia akan memacu strategi kami untuk ke hadapan, sekali gus memastikan kami dapat berkhidmat dengan lebih baik untuk rakyat dan industri berkaitan.

“Sebagai contoh, kami telah menghapuskan rundingan langsung dan praktis pemberian tender secara tertutup dengan mengamalkan sistem tender terbuka,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Rais berkata, MDEC telah mengambil langkah serius dengan melibatkan syarikat perundingan KPMG dan Ernst and Young untuk memberikan nasihat pakar bagi mengukuhkan lagi tadbir urus agensi yang menguruskan industri digital negara itu.

Katanya, agensi itu juga telah memperkenalkan Had Kuasa Budi Bicara (DAL) yang akan secara jelas menentukan had kuasa, proses dan pelaporan yang akan mengatur penggunaan semua pengeluaran dan sumber dana MDEC.

Mengulas mengenai inisiatif Sinar Rasuah Busters, Rais berkata, kejayaan usaha tersebut memerlukan bukan sahaja kesedaran masyarakat, tetapi juga penglibatan proaktif dan berterusan daripada semua pihak yang berkepentingan dalam sesebuah ekosistem.

“Peningkatan pendidikan, penguatkuasaan dan kehendak politik yang kuat merupakan antara langkah yang diperlukan untuk memastikan kejayaan usaha murni ini dan mengubah negara menjadi pusat Digital ASEAN serta meningkatkan kehidupan setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Pada 16 Januari lalu, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub melancarkan kempen atau gerakan yang dinamakan sebagai Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.

Usaha tersebut merupakan satu gerakan reformasi moral daripada rakyat untuk rakyat dan negara, tanpa sebarang agenda politik.

Dr Rais Hussin merupakan Presiden & CEO di EMIR Research. Sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article