Don’t let Zoom kill you mentally!

All should beware of getting digital burnout, as if we are not tired enough, trying to adapt to this new normal and survive this pandemic.

1044 0
1044 0
English

Published by Malay Mail, image from Malay Mail.

Mental health expert warns that while we are witnessing the booming of a video conference application called Zoom, another problem could arise, which is Zoom fatigue.

Zoom fatigue refers to a mental exhaustion associated with online video conferencing. It also can be described as a feeling of tiredness, anxiousness, worn out or worry with yet another video call.

In brief, Zoom allows us to virtually interact with families, friends and co-workers when in-person meetings are not possible. This makes telecommuting seem much more human, as it helps us feel socially connected while practising social distancing.

Prior to the pandemic, this application is used by businesses especially top managements to replace board meetings, but now, people are using it to chat with friends and families, hosting birthday parties and board games virtually, and even for watching theatre performances.

And now, more employees are utilising this application to conduct meetings, as they are working remotely due to the pandemic.

According to psychologists, employees are the ones who suffer the most, as they spend a lot of time on this application, which may have a detrimental effect on their mental health.

And the effects of this have taken them by surprise.

“When we’re on all these videos calls all day long, we’re kind of chained to a screen,” said Suzanne Degges-White, a licensed counsellor at Northern Illinois University.

“It’s just psychologically off-putting,” she said. “I’ve got to show up again but the thing is, we’re not showing up anywhere.”

Although there is no doubt that video conferencing is useful and can have their benefits as it has given us some resemblance of normal life during the lockdown, spending too much time on video calls has its problems. 

However, bear in mind that it is not really Zoom-caused fatigue. It is actually a video or online meeting fatigue, but Zoom gets the label because Zoom is the currently go-to-meeting tool for most.

What might be causing Zoom fatigue?

In short, interacting with other people through the screen causes our brain to work much harder.

Since we are required to focus with more than 1 person at once in the gallery view of the application, we tend to worry about how we speak or appear, which causes us to feel anxious or worried all the time.

What’s more, all of us are very aware that during a video call, we are being watched closely and here comes the social pressure of needing to perform well.

Indeed, these actions required us more focus and mental energy compared to a face-to-face meeting.

And when every time we want to break eye contact with the screen, we are scared to be seen not paying full attention to the meeting. 

Hence, the idea of the need to be always “on” – eyes on the screen all the time, nods the head frequently, and giving the other non-verbal cues as signs that we are present in the meeting can be so exhausting. 

It seems like we cannot relax into the discussion naturally.

In terms of personality types, experts believe that Zoom fatigue can impact different personality types in different ways.

As for the extroverts, they may find themselves scheduling more meetings than necessary which caused them to feel tired and drained. 

While for the introverts, they may find themselves focusing too much on how they come across in Zoom meetings, and sometimes, they find Zoom as a special kind of ‘hell’ for them, which is not helping them at all.

However, regardless of these personality types, the impact that Zoom may cause us can be severe and perilous. 

How can we alleviate Zoom fatigue?

Experts suggest that we should limit our video calls to those that are necessary only. Instead, make use of other ways of communicating like text messaging, email and phone calls.

Research shows that during a voice-only call, participants conveyed some information more accurately than during a video call.

But if a video call is still needed, turning on the camera should be kept optional as hiding the image of ourselves during a video call can make us feel less self-conscious and more focused on what others are saying.

Also, it is very important for us to take a break between calls and get away from the screen like catching up on a quick Netflix series or doing a simple exercise, so we can recharge ourselves. 

Creating boundaries and transitions are needed to create buffers that can allow us to tune out all distractions we got from the previous conference call, so our productivity for the next meeting can increase.

The booming of Zoom application indeed brings a lot of usefulness to us, especially during this unprecedented time.

However, we need to really understand and recognise its drawbacks so that we can consciously strive to create healthier relationships with our screens and get really connected to the people behind the screen.

And of course, to prevent ourselves from getting severe digital burnout, as if we are not tired enough, trying to adapt to this new normal and survive this pandemic.

Nurafifah Mohammad Suhaimi is Research Assistant at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melay

Diterbitkan oleh Utusan Malaysia.

Pakar kesihatan mental memberi amaran bahawa sedang kita menyaksikan ledakan aplikasi sidang video yang dikenali sebagai Zoom, masalah lain mungkin timbul, iaitu ‘keletihan Zoom’.

Keletihan Zoom merujuk kepada keletihan mental yang berkaitan dengan panggilan video dalam talian. Ia juga boleh digambarkan sebagai perasaan letih, cemas, lelah atau bimbang dengan panggilan video yang lain.

Ringkasnya, Zoom membolehkan kita berinteraksi melalui dalam talian dengan keluarga, rakan dan rakan sekerja apabila pertemuan empat mata tidak dapat  dilakukan. Ini menjadikan proses telekomunikasi terasa lebih manusiawi, kerana ia membantu kita berhubung antara satu sama lain dengan lebih dekat dan rapat, namun masih mempraktikkan penjarakan sosial.

Sebelum wabak COVID-19 menyerang, aplikasi ini digunakan oleh kebanyakan syarikat perniagaan terutamanya pihak pengurusan atasan untuk menggantikan mesyuarat lembaga pengarah, tetapi sekarang, orang ramai menggunakannya untuk berbual dengan rakan dan keluarga, mengadakan sambutan ulang tahun dan permainan papan secara maya, dan bahkan untuk menonton pertunjukan teater.

Dan sekarang, Zoom adalah altenatif utama bagi yang bekerja dari rumah, untuk mengadakan pertemuan atau mesyuarat secara dalam talian.

Menurut ahli psikologi, para pekerja adalah golongan yang paling terjejas, kerana mereka banyak menghabiskan masa untuk aplikasi ini, yang mungkin memberi kesan buruk kepada kesihatan mental mereka.

Dan kesannya telah mengejutkan mereka.

“Apabila kita melakukan panggilan video sepanjang hari, kita seolah-olah seperti sedang dirantai ke skrin,” kata Suzanne Degges-White, seorang kaunselor berlesen di Northern Illinois University.

“Secara psikologinya, ia sangat merimaskan,” katanya. “Kita mesti muncul lagi tetapi masalahnya, kita tidak muncul di mana-mana.”

Walaupun tidak ada keraguan lagi bahawa aplikasi video ini sangat berguna kepada kita kerana telah memberi kita peluang untuk menjalani kehidupan seakan-akan normal seperti saat sebelum wabak COVID-19 menyerang,  namun, menghabiskan terlalu banyak masa dengan aplikasi ini turut mendatangkan beberapa masalah.

Tetapi, anda perlu tahu bahawa keletihan ini bukanlah keletihan yang disebabkan oleh Zoom semata-mata. Ini sebenarnya adalah keletihan yang berpunca daripada panggilan video atau keletihan dalam talian, namun Zoom mendapat label kerana Zoom adalah alat sidang video yang paling popular pada saat ini bagi kebanyakan orang.

Apakah yang menyebabkan keletihan Zoom?

Pendek kata, berinteraksi dengan orang lain melalui skrin menyebabkan otak kita bekerja lebih keras.

Oleh kerana kita perlu berinteraksi dengan lebih daripada seorang pengguna sekaligus dalam paparan galeri aplikasi, kita cenderung untuk bimbang dengan bagaimana kita bercakap atau kelihatan, yang menyebabkan kita merasa cemas atau risau sepanjang masa.

Lebih-lebih lagi, kita semua sedar bahawa semasa membuat panggilan video, kita akan diperhatikan dengan begitu teliti oleh pengguna-pengguna yang lain,  dan pada saat inilah tekanan sosial untuk sentiasa kelihatan sempurna terjadi.

Sesungguhnya, tindakan ini memerlukan kita untuk lebih fokus dan tenaga mental yang tinggi berbanding dengan pertemuan secara semuka.

Dan ketika setiap kali kita ingin memutuskan hubungan mata dengan skrin, kita takut untuk dilihat tidak memberikan perhatian penuh pada panggilan video tersebut.

Oleh itu, idea tentang perlunya selalu “ada” – mata tertumpu kepada skrin sepanjang waktu, menganggukkan kepala dengan kerap dan memberi isyarat bukan lisan yang lain sebagai tanda-tanda bahawa kita “ada” dalam panggilan video ini sangat melelahkan.

Sepertinya kita tidak boleh melakukan perbincangan secara lebih santai.

Dari segi jenis-jenis personaliti, para pakar percaya bahawa keletihan Zoom dapat mempengaruhi jenis personaliti yang berbeza dengan cara yang berbeza.

Bagi golongan ekstrovert, mereka mungkin menjadualkan lebih banyak panggilan video daripada biasa, lalu menyebabkan mereka merasa letih dan lemas.

Sementara itu, bagi golongan introvert, mereka mungkin terlalu fokus pada bagaimana mereka bertemu dalam pertemuan Zoom, dan kadang-kadang, mereka menganggap Zoom sebagai sebuah ‘neraka’ khas untuk mereka.

Walau bagaimanapun, tidak kiralah sama ada anda daripada golongan introvert atau ekstrovert, penyakit keletihan Zoom ini boleh menjadi teruk dan sangat berbahaya kepada sesiapa sahaja.

Bagaimana kita dapat mengurangkan keletihan Zoom?

Pakar mencadangkan agar kita mengehadkan panggilan video kepada yang diperlukan sahaja. Sebaliknya, gunakan cara komunikasi lain seperti pesanan teks, e-mel dan panggilan telefon.

Satu penyelidikan menunjukkan bahawa semasa panggilan suara sahaja dilakukan, pengguna menyampaikan beberapa maklumat dengan lebih tepat berbanding penggunaan panggilan video.

Namun, jika panggilan video sangat diperlukan, penggunaan kamera haruslah dijadikan sebagai opsyenel, kerana ini dapat membuatkan kita merasa lebih yakin dan fokus pada apa yang orang lain ingin sampaikan.

Juga, sangat penting bagi kita untuk mencuri masa rehat antara panggilan-panggilan video seperti melakukan senaman ringkas atau melayari rancangan kegemaran Netflix agar kita dapat menyegarkan diri kita semula.

Mewujudkan garis sempadan dan peralihan adalah sangat diperlukan untuk menyingkirkan segala gangguan yang kita terima daripada panggilan video sebelumnya.

Oleh itu, tahap produktiviti kita untuk panggilan video seterusnya dapat ditingkatkan.

Ledakan aplikasi Zoom sememangnya membawa banyak kegunaan dan kebaikan kepada kita, terutamanya pada saat mencabar ini.

Namun, kita perlu benar-benar faham dan ambil tahu akan kesan negetif aplikasi ini terhadap diri kita, agar kita dapat bekerja dalam persekitaran yang lebih sihat, serta dapat benar-benar berinteraksi dengan orang di sebalik skrin tersebut.

Dan sudah pasti, untuk mengelakkan diri kita daripada mengalami masalah kepenatan digital yang teruk, seolah-olah kita tidak cukup letih, berusaha untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu ini dan bertahan dari wabak ini.

Nurafifah Mohammad Suhaimi merupakan Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh. 

In this article