Get youths to become agro-entrepreneurs

Youths should be involved in meeting the food security challenge of the country.

1035 0
1035 0
English

Published by New Straits Times, image from New Straits Times.

Nurturing agro-entrepreneurship among youths must be broadened in order to promote greater opportunities in agriculture.

Most of them possess the entrepreneurship skills but are uninterested in the agricultural sector as they still live with the mindset that pursuing a salary-based career is better.

Food security is recognised as a major global challenge. It would be great if the agriculture sector could be maximised by youths as a means of preparing for food security challenge in Malaysia.

A top emerging agricultural economist, Fabio G. Santeramo, said that food security is a serious issue and deserves special attention.

According to reports, our food production is a long way behind neighbouring countries.

Problems arise as food production requires a lot of manpower because of the high turnover rate. Besides the weak ringgit, fertilisers and pesticides are also expensive. These issues add to the waning interest of farmers in the agricultural sector in food production and they instead opt for the plantation sector.

Since food production in agriculture is not only one of the most important sectors but also the most criticised and undervalued, effective action should be taken to address problems. Vigorous efforts should be taken to attract farmers to this sector. Perhaps financial assistance can be extended to reduce the burden on farmers.

In the United States, for example, the founder of the First Generation Farmers, Alli Cecchini, has launched several programmes such as the Urban Edge Sustainable Farming Programme to provide training in basic production skills, business knowledge and personal development in order to establish the next generation of resilient urban farmers and farm enterprises.

Surely, we can launch similar programmes. Agriculture and entrepreneurship are connected. The basic concept is about creating value for the business. For instance, online platforms can be set up where consumers can directly access the farmers in different areas.

In Nigeria, FarmCrowdy, the first digital agriculture platform was introduced to connect small-scale farmers with sponsors investing in the full farm cycle. The company has more than 1,000 sponsors across Nigeria, the United States and the United Kingdom, supporting more than 2,000 small-scale farmers across eight states.

Existing farmers should also be business-oriented and possess skills and knowledge of entrepreneurship. This will help them to be open and creative in the development of the sector.

Since the National Agrofood Policy 2011-2020 (NAP4) is a guide to the development of agriculture in the country, the objectives should be highlighted along with an effective action plan.

The suggested solution is for the government to set up agricultural zones in each state and provide the aspirants with financial and technical assistance, as well as helping farmers with basic management and marketing strategy.

Young Malaysians are generally attracted to technology. Lee Yi Lin, one of IPB University’s alumni in Bogor, Indonesia, said technology is one of the clear answers to get the youths involved in agriculture and food production.

The use of artificial intelligence, the Internet of Things and other emerging technologies will make it more appealing for the younger generation.

Everyone should be involved in promoting agro-entrepreneurship among young people to help the nation combat youth unemployment and increase the sector’s share in the economy.

Farhan Kamarulzaman is Research Assistant at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh EMIR Research.

Usaha memupuk keusahawanan agro di kalangan belia perlu diperluas oleh pihak berkuasa berkaitan untuk mempromosikan peluang yang lebih besar dalam bidang pertanian.

Kebanyakan mereka memiliki kemahiran dalam keusahawanan tetapi kurang berminat dengan sektor pertanian kerana mereka masih hidup dengan pemikiran bahawa mengejar kerjaya berasaskan gaji adalah lebih baik daripada merebut peluang dalam sektor yang kurang popular ini.

Memandangkan sekuriti makanan diiktiraf sebagai cabaran utama sedunia, adalah lebih baik sekiranya sektor pertanian dapat dimaksimumkan oleh para belia sebagai langkah penyediaan kepada cabaran sekuriti makanan di Malaysia.

Malah, ahli ekonomi pertanian terkemuka, Fabio G. Santeramo, mengatakan bahawa sekuriti makanan adalah isu yang serius dan perlu diberi perhatian khusus oleh para cendekiawan dan pembaca, lantas Malaysia juga perlu memberi tumpuan kepadanya.

Menurut The Edge Malaysia, bahagian pengeluaran makanan kita berada jauh ke belakang negara-negara jiran kita berbanding dengan bahagian perladangan.

Masalah ini timbul kerana pengeluaran makanan memerlukan ramai tenaga kerja disebabkan oleh kadar perolehan yang tinggi serta baja dan racun perosak juga mahal kerana sebahagian besar produk perlu diimport, ditambah pula dengan nilai ringgit yang lemah sekarang ini.

Bukan itu sahaja, isu-isu ini akan mengikis lagi minat para petani terhadap sektor pertanian dalam pengeluaran makanan dan sebaliknya, mereka akan tetap memilih sektor perladangan.

Itulah sebabnya galakan yang kuat diperlukan untuk menarik minat golongan belia dalam bidang pertanian sebaik sahaja permasalahan dalam pengeluaran makanan yang timbul sebelum ini dapat ditangani sepenuhnya kerana idea-idea belia dapat mewujudkan peluang yang lebih besar dalam bidang tersebut sejajar dengan pendekatan moden untuk membangunkan sektor ini.

Namun, nampaknya bidang pertanian itu sendiri tidak cukup kukuh untuk berdikari kerana ia perlu digabungkan dengan unsur keusahawanan untuk kelestarian sektor itu.

Sebagai contoh di Amerika Syarikat, pengasas Petani Generasi Pertama (FGF), Alli Cecchini, telah melancarkan beberapa program seperti Program Perladangan Mampan Kelebihan Bandar untuk menyediakan latihan dalam kemahiran pengeluaran asas, pengetahuan perniagaan dan pembangunan peribadi untuk menubuhkan generasi petani dan perusahaan ladang yang berdaya tahan.

Keusahawanan pertanian jelas tertanam dalam slogan “Pertanian adalah Perniagaan”.

Pertanian dan keusahawanan, menurut Institut Pembangunan Keusahawanan, sangat berkait rapat dalam menawarkan kelebihan masing-masing.

Memandangkan konsep asas keusahawanan adalah tentang penciptaan nilai dalam perniagaan, ia juga boleh digunakan untuk sektor pertanian, contohnya platform dalam talian di mana pengguna dapat mengakses petani-petani secara langsung di kawasan-kawasan yang berlainan.

Perkembangan kaedah-kaedah inovatif untuk merevolusikan keseluruhan rantaian makanan akan memberi manfaat kepada keusahawanan pertanian.

Seperti di Nigeria, FarmCrowdy, platform pertanian digital pertama telah diperkenalkan untuk menghubungkan petani-petani kecil dengan penaja-penaja yang melabur dalam kitaran ladang penuh dan syarikat itu mempunyai lebih daripada 1,000 penaja di seluruh Nigeria, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang mendokong lebih daripada 2,000 petani-petani kecil di serata lapan negeri di Nigeria.

Oleh itu, petani sedia ada bukan sahaja perlu fokus kepada bidang pertanian, tetapi mereka juga harus menjadi petani berorientasikan perniagaan dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan kerana ini akan membantu mereka untuk menjadi terbuka dan kreatif dalam pembangunan sektor itu sambil melatih mereka memenuhi tugas mereka sebagai entiti perniagaan dan secara komersil.

Memandangkan Dasar Agro-makanan Nasional 2011-2020 (NAP4) adalah panduan kepada pembangunan sektor pertanian di negara ini, matlamat-matlamatnya perlulah ditonjolkan bersama dengan pelan tindakan yang berkesan, terutamanya mengenai sekuriti makanan, pengetahuan dan modal insan yang berasaskan maklumat, serta memodenkan pertanian untuk mencetuskan pemikiran dan idea mereka.

Pemodenan pertanian melibatkan pengeluaran produk utama, produk hiliran, produk sampingan dan penggunaan sisa serta aktiviti perniagaan sokongan seperti pembungkusan, pengangkutan, pemasaran, bekalan dan jentera.

Ini juga akan membantu mereka beralih daripada pertanian kecil kepada skala yang lebih besar dengan sumber yang intensif dan kegiatan perniagaan moden serta dengan itu, dapat meningkatkan keadaan ekonomi mereka.

Namun, ia seolah-olah tidak adil kerana sektor itu dipenuhi dengan generasi tua hanya kerana ia dianggap sebagai tidak glamor oleh segelintir belia dan mereka tidak mahu mengotorkan tangan mereka walaupun ia sebenarnya dapat memberikan pulangan yang sangat baik, dengan syarat wujudnya ekosistem yang betul.

Penyelesaian yang disarankan adalah untuk kerajaan menubuhkan zon-zon pertanian di setiap negeri dan menyediakan mereka yang berminat dengan bantuan kewangan dan teknikal, serta membantu petani-petani dengan strategi pengurusan dan pemasaran yang asas.

Lee Yi Lin, salah seorang alumni Universiti IPB di Bogor, Indonesia, berkata bahawa teknologi adalah salah satu jawapan jelas untuk menarik minat belia melibatkan diri dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan bagi memoden dan mengautomasikan operasi sedia ada melalui pelaburan domestik dan teknologi pertanian yang maju dari negara luar.

Ini akan menjadi bertambah menarik kepada generasi muda dengan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT) serta lain-lain teknologi baru yang muncul.

Sebagai kesimpulan, semua pihak haruslah terlibat dalam mempromosikan keusahawanan agro dalam kalangan anak muda untuk membantu negara memerangi pengangguran belia dan meningkatkan saham sektor tersebut dalam Keluaran dalam Negara Kasar.

Farhan Kamarulzaman merupakan Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article