Rejuvenation of rural development

The implementation of rural transformation should promote the prosperity and welfare of the people in toto.

1896 0
1896 0
Rejuvenation of rural development
English

Published by Malay Mail, image from Kuching Kampung Heritage.

If in the past rural residents are often seen migrating to the cities, now we are witnessing the opposite phenomenon — migration of urban dwellers to rural areas increased by 19.5 per cent compared to 4.2 per cent in 2016 which implies rural development can no longer be ignored.

Earlier this year, Minister of Rural Development, Datuk Seri Rina Mohd Harun, said the ministry is ready to front these challenges and changes, including efforts to attract foreign investors to invest in rural areas.

Rural areas are defined based on their low physical density and characterised by their isolation from economic centres of the country. Rural areas also known to be rich in natural resources and agriculture.

In the pursuit of modern transformation, rural areas are often neglected and underestimated. Whereas, rural development cannot be ignored and should be developed in line with the modernisation of urban areas.

This is because rural areas are an important national asset that possesses not only its special attraction and charm of its own, but also its natural resources and unique aesthetics.

Planning for rural transformation is not something new. However, some villagers are still in the same mental state where they are still not ready to accept the desired changes.

Rural communities believe that these efforts will lead to the loss of land rights, thus leading to higher costs of living. 

Therefore, the implementation of rural transformation that would take place should promote the prosperity and welfare of the people in toto so that the gap between urban and rural areas can be reduced.

To boost economic growth, especially for people in rural areas, some basic things need to be emphasised before developing a transformation of the rural areas.

Improving the quality of schools in rural areas

The government needs to ensure more equitable distribution of funds between urban and rural schools. This could transform rural underprivileged schools into better academic institutes. 

However, any decisions made must be preceded with in-depth research. There are times when a model cannot be used in every context. As an economic strategy in which economic model should be modified in accordance with the accuracy and the situation of society, the education system should also apply the same principle. 

Have we ever thought that part of the education system may not be relevant to the lives of the rural population? To encourage the participation of rural citizens in education, schools need to be tailored to local content and be updated to keep pace with current developments.

This involves establishing special schools for students, including older people who have difficulty understanding formal learning, including basic reading, writing and counting skills.

These schools will hold intensive classes focused on improving literacy and basic skills specific to each village. Educators also need special training and a different pedagogical approach. 

Empowerment of the English Language

Poor English proficiency is one of the factors hindering the growth of the rural economy and local businesses. Like it or not, English is the medium of instruction for bringing foreign investors to the rural area.

Therefore, English should be given priority and be taught in line with the other rural programs. However, there are challenges, including finding sufficient and qualified teachers, especially among the locals.

This is where the government can provide ample incentives for teachers who want to serve in rural areas, in terms of additional allowances, subsidised housing and transportation.

Skilled labour

The issue of mastery of skills and knowledge-based skills is a critical element, as skill enhancement is a national priority to boost productivity. Employers in rural areas can also be offered special business incentives for hiring workers from rural communities.

The Mentor-Mentee Programme is generally part of a successful skill learning system and also a concept that is accepted worldwide.

This programme can be offered to young people to engage in high-quality skills training. As a result, the youth are able to earn their own income while undergoing skills training.

Again, the government plays an important role and should be committed to improving the quantity and quality of mentor-mentee programmes in rural areas.

The private sector can also come in terms of finance for improvement in the training programme. Among the industries that are suitable for carrying out this programme is the handicraft industry, food processing, biotechnology, modern agriculture and husbandry industries. 

In India, there is the initiative — All India Society for Electronics and Computer Technology (AISECT) and skills development that began in 1985. 

It aims to deliver technological knowledge to the rural areas and promote training and ICT-based services to empower people, create employment for the youth and as a prelude to entrepreneurial initiatives in order to create an inclusive society.

A modern transportation system

A good public transportation guarantees a high quality of life in the area. For the sake of perfection of the rural transformation process, an efficient and reliable transportation system should be expanded. This is an opportunity for the villagers to move to other areas more conveniently.

Once again, the government plays a big role in ensuring that changes to the countryside are executed perfectly by modernising and expanding roads and railway lines.

Among other things that need to be prioritised is safety. Modern infrastructural facilities should be provided with proper security and safety. In terms of transport, safety modes that need attention include street lights, warning signs, cameras and traffic lights. 

To ensure the economic potential of rural areas are developed to the maximum, agricultural and plantation areas, fisheries, forestry and mangrove border, as well as other rural economic activities must be connected with a wide array of infrastructure and communication technology.

I also believe that youth in the village should be encouraged to continue their rural activities such as farming, breeding, fishing activities, becoming a mountain guide, promoting tourism sites and many other interesting and rewarding rural jobs.

With this transformation plan, the rural population will continue to inhabit and develop the rural areas. But they must be equipped with better skills, with deeper knowledge, benefits of more advanced technology and of course, higher incomes.

All these — because the countryside and rural areas are an important asset for Malaysia to continue to grow and develop.

Amir Jalal is Research Associate at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh Sinar Harian & Sinar Harian (cetak).

Kalau dahulu penduduk luar bandar yang sering berhijrah ke bandar, kini fenomena bertentangan yang terpapar. Dengan kadar migrasi penduduk bandar ke luar bandar meningkat sebanyak 19.5 peratus berbanding 4.2 peratus pada 2016, pembangunan luar bandar tidak boleh lagi diabaikan.

Awal tahun ini, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun, mengatakan pihaknya sudah bersedia untuk mendepani perubahan ini, termasuk usaha menarik pelabur asing untuk melabur di kawasan luar bandar.

Luar bandar ditakrifkan berdasarkan ketumpatan fizikal (physical density) yang rendah dan disifatkan dengan lokasi yang terpencil daripada pusat-pusat ekonomi.Kawasan luar bandar juga bercirikan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi.

Dalam kesibukan mengejar transformasi kemodenan, kawasan luar bandar seringkali dipinggirkan dan dipandang enteng. Walhal, pembangunan luar bandar tidak boleh diketepikan dan harus dimajukan seiring dengan pemodenan yang berlaku di kawasan bandar. 

Ini kerana kawasan luar bandar adalah satu aset penting negara yang bukan sahaja mempunyai keistimewaan dan tarikan tersendiri, malah mampu menonjolkan sumber-sumber asli yang unik dan estetik.

Perancangan transformasi luar bandar bukanlah sesuatu yang baru. Namun, ada di antara penduduk desa masih lagi pada tahap mentaliti yang sama di mana mereka masih tidak bersedia menerima perubahan yang ingin dilakukan.

Masyarakat luar bandar percaya bahawa usaha-usaha perbandaran akan menjurus kepada kehilangan hak ke atas tanah, sekaligus mengundang ke arah kos kehidupan yang lebih tinggi.

Justeru, pelaksanaan transformasi luar bandar yang ingin dilakukan perlulah berpaksikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat secara total agar jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.

Bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia, khasnya untuk penduduk di kawasan luar bandar, beberapa perkara asas perlu ditekankan sebelum membangunkan sesuatu transformasi bagi kawasan luar bandar.

Meningkatkan mutu sekolah di luar bandar

Kerajaan perlu memastikan pemberian dana yang lebih saksama antara sekolah-sekolah di bandar dengan yang di luar bandar. Ini boleh merubah sekolah-sekolah yang serba
kekurangan di luar bandar menjadi institut-institut akademi yang lebih sempurna.

Namun, setiap keputusan yang dibuat perlulah diperhalusi dengan penyelidikan yang mendalam.
Ada kalanya satu model tidak boleh digunapakai dalam setiap konteks yang berbeza-beza. Seperti strategi ekonomi di mana model ekonomi perlu diubahsuai mengikut ketepatan dan situasi sesebuah masyarakat dan kawasan, sistem pendidikan juga perlu menerapkan prinsip yang sama. 

Tidakkah kita terfikir bahawa sebahagian daripada sistem pendidikan pusat tidak relevan kepada kehidupan penduduk luar bandar? Bagi menggalakkan penyertaan warga luar bandar dalam pendidikan, sekolah-sekolah perlu disuaikan dengan kandungan tempatan dan kandungan yang diajar perlu dikemaskini agar selaras dengan perkembangan semasa.

Ini melibatkan penubuhan sekolah-sekolah khas untuk pelajar, termasuk orang yang sudah berumur, yang mengalami kesusahan untuk memahami pembelajaran formal selain kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Sekolah-sekolah ini akan mengadakan kelas intensif yang bertumpukan pada peningkatan kadar celik huruf dan kemahiran asas tertentu setiap penduduk desa. Para pendidik juga dilatih khas dan pendekatan pedagogi perlu berbeza daripada cara konvensional.

Pemerkasaan Bahasa Inggeris

Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah merupakan salah satu faktor yang menghalang pertumbuhan ekonomi luar bandar dan bisnes tempatan. Suka atau tidak, Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan untuk membawa pelabur asing ke kawasan desa ini.

Oleh itu, Bahasa Inggeris wajar diberi keutamaan dan diajar seiring dengan program-program luar bandar yang lain. Namun, terdapat cabaran yang dihadapi, antaranya untuk mendapatkan guru-guru yang mencukupi dan berkelayakan, terutama dalam kalangan penduduk tempatan.

Diharap, pihak kerajaan boleh menyalurkan insentif yang secukupnya bagi guru yang ingin
berkhidmat di kawasan luar bandar ini, dari segi elaun tambahan, subsidi perumahan, dan kemudahan pengangkutan.

Tenaga Kerja Yang Berkemahiran

Isu menguasai skil dan kemahiran berasaskan pengetahuan adalah elemen yang kritikal. Peningkatan kemahiran merupakan satu keutamaan negara bagi mengukuhkan prestasi produktiviti. Majikan di kawasan luar bandar boleh ditawarkan insentif perniagaan khusus untuk pengambilan pekerja dari kalangan masyarakat luar bandar.

Program Mentor Mentee secara amnya sebahagian daripada sebuah sistem pembelajaran kemahiran yang berjaya dan merupakan satu konsep yang diterimapakai di seluruh dunia.

Program ini boleh ditawarkan kepada anak-anak muda untuk terlibat dalam latihan kemahiran yang berkualiti tinggi. Kesan daripada program-program sebegini, golongan anak-anak muda penduduk desa mampu menjana pendapatan mereka sendiri sambil menjalani latihan kemahiran.

Sekali lagi, kerajaan memainkan peranan yang penting dan perlu memberi komitmen dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti program mentor mentee di kawasan luar bandar. 

Pihak swasta juga boleh membantu membiayai mereka ini untuk peningkatan dalam latihan program tersebut. Antara industri-industri yang sesuai untuk menjalankan program ini adalah industri kraftangan, pemprosesan makanan, bioteknologi, pertanian dan penternakan moden.

Seperti di India, wujudnya inisiatif All India Society for Electronics & Computer Technology (AISECT) dan pembangunan kemahiran yang bermula pada tahun 1985.

Inisiatif ini bertujuan untuk menyampaikan pengetahuan teknologi ke kawasan luar bandar dan menggalakkan latihan dan perkhidmatan berasaskan ICT untuk memperkasakan rakyat, menjana pekerjaan untuk kaum belia dan sebagai permulaan kepada inisiatif-inisiatif berasaskan keusahawanan demi mewujudkan masyarakat yang inklusif.

Sistem Pengangkutan Yang Sejajar Dengan Pembangunan Ke Arah Kemodenan

Pengangkutan awam yang baik menjamin kualiti hidup yang tinggi bagi sesuatu kawasan. Demi kesempurnaan proses perubahan kawasan luar bandar, sistem pengangkutan yang efisyen dan boleh dipercayai seharusnya diperluaskan. Hal ini membuka peluang kepada warga desa untuk bergerak ke kawasan bandar dengan lebih mudah.

Sekali lagi, kerajaan memainkan peranan yang besar bagi memastikan perubahan ke atas kawasan desa dilaksanakan dengan sempurna. khususnya dengan membaharui mod pengangkutan di atas jalan dan juga landasan keretapi. 

Antara perkara lain yang perlu diutamakan adalah perihal keselamatan. Sesebuah infrastruktur moden perlu disediakan dengan kemudahan keselamatan yang sepatutnya. Dalam aspek pengangkutan, mod-mod keselamatan yang perlu diberi perhatian adalah seperti lampu jalan, papan tanda amaran, kamera dan lampu isyarat.

Bagi memastikan potensi ekonomi kawasan luar bandar dibangunkan secara maksimum, kawasan pertanian dan ladang, daerah perikanan, sempadan perhutanan dan paya bakau, serta pusat aktiviti ekonomi desa yang lain mesti dihubungkan dengan pelbagai kemudahan prasarana dan
teknologi komunikasi.

Saya juga percaya bahawa ramai anak muda di desa mesti digalakkan untuk meneruskan aktiviti pekerjaan di desa seperti bertani, menternak, mengusahakan aktiviti perikanan, menjadi malim
gunung, memajukan kawasan pelancongan serta pelbagai lagi pekerjaan desa yang menarik dan bermanfaat.

Dengan wujudnya plan transformasi ini, penduduk luar bandar akan terus menetap dan memajukan kawasan luar bandar. Tetapi mereka mesti dilengkapkan dengan kemahiran yang lebih baik, dengan ilmu yang lebih mendalam, manfaat teknologi yang lebih canggih dan pastinya, dengan pendapatan yang lebih tinggi.

Kerana desa dan kawasan pedalaman negara adalah aset penting untuk Malaysia terus membangun dengan maju dan terancang.

Amir Jalal merupakan Pegawai Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article