Smart mobility is key in developing smart cities

The government needs to discourage the usage of cars while upgrading our public transportation system.

1437 0
1437 0
English

Published by Malaysiakini & New Straits Times, quoted by Rakan Sarawak, image from Malaysiakini.

In order for Malaysia to become a smart city, smart mobility is the key and this requires the country to improve more on its transportation system with less emission and adopting frontier technologies.

Smart mobility is advantageous in that it can provide a healthier lifestyle. A study done in Copenhagen shows that public transportation that features smart mobility can provide a lower mortality rate, a happier disposition and increase the productivity at work.

Smart mobility in public transportation can also reduce road congestion and pollution. In the US, it has already reduced 865,000,000 hours of travel time which causes a depletion of 450,000,000 gallons of gas being burned.

In Malaysia, one big constraint to smart mobility is accessibility. It is crucial as transportation facilitates daily activities such as access to jobs, schools and any public facilities.

Most walkways in Malaysia are also difficult to access, not in a good condition to walk in several areas and far away from the neighbourhood area. It is also inconvenient for people who have limited access to shuttle buses or any public transport.

Also, urban low-income residents in Kuala Lumpur have difficulty in accessing public transportation because of its location which is far away from any mobility hubs.

Moreover, the quality of services in our public transportation system is also an issue because of the poor management by the city councils and transit authorities. There is a lot of complaints on ticketing, the punctuality and the efficiency of services. Most users have to wait for so long to get to their destination and the arrival time is usually delayed.

The country’s Transport Minister  Anthony Loke Siew Fook mentioned that there is no point of having big projects, spend billions of ringgit to update the tracks and station if the services to the public are not good.

Some LRT stations also have limited parking spaces which result in commuters finding it difficult to drive towards the nearest LRT station.

Hence, to realise the objective of smart mobility, there is a crucial need to improve accessibility to public transportation, integrated mobility, the management of traffic and mitigation of its congestion, and great technologies in parking.

This will then become a turning point in the government’s initiative towards Smart City.

But because the status of our public transportation system is still problematic, most Malaysians still prefer to drive their own cars, adding to the problem of traffic congestion. Therefore, the government needs to discourage the usage of cars while upgrading our public transportation system to encourage Malaysians on making the right choice.

As Malaysia is in the middle of entering the Fourth Industrial Revolution (4IR), the government should blend in the power of Internet of Things (IoT) to mitigate the transportation problem on par with the desire of Malaysia to become a smart city.

This can be achieved via the concept of connected transportation wherein vehicles are equipped with wi-fi or any Internet connection while travelling on the road. The concept of connected transportation implies routes can be optimised and traffic congestion can be reduced. The data gathered through IoT devices also can be analysed by experts for decision-making.

With the aid of IoT, the transportation authority can analyse the amount of data through sources such as ticketing and vehicle sensors in order to set up a plan on improving the services and spreading information to the users. The traffic safety can also be analysed by tracking the traffic, the speed and weather conditions.

In Singapore, its Land Transport Authority has been developing their Open Data and Analytics for Urban Transportation Project on accessing the real-time data such as traffic conditions to assist the users on decision-making and the navigation of their surroundings.

Smart parking solutions is also a good initiative as the technology includes the right infrastructure, security cameras, sensors and internet connection so that people would not be having any parking issue, especially in the urban areas.

With IoT, the data on available parking can be shared through mobile apps, social media or websites. Traffic congestion can also be reduced as the system can notify the users on the available parking while giving the right decision to them.

The development of autonomous vehicles has also gained public interest because of their safety, energy consumption and more systematic parking.

Artificial Intelligence (AI) is considered as the main ingredient for the development because of its capability of collecting, analysing data, adapting to situations and learning through machine learning.

In Singapore, Astar’s Institute for Infocomm Research has developed a self-driving vehicle and was approved for public road testing at One-North in July 2015.

Malaysia has a variety of public transportation which includes e-hailing, buses, trains, pedicabs, taxis and ferries and good progress has been made over the last decade by the government to improve the transportation focusing on the public transportation. It also has well-developed transport networks and systematic rail links.

In fact, public transportation covers around 75 percent of urban areas and it is beneficial for smart cities development in Malaysia. Perhaps what is missing is the smart mobility aspect of the transportation system and network.

In conclusion, smart mobility is important because it is considered as the first step to becoming a smart city. However, the government and the citizens themselves should play their part in realising the initiative.

Farhan Kamarulzaman is Research Assistant at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melay

Diterbitkan oleh Berita Harian.

Pergerakan pintar (smart mobility) ialah kunci utama dalam usaha kerajaan menerajui bandar pintar. Ia menuntut kita untuk menaik taraf sistem pengangkutan dengan meminimumkan penggunaan bahan api dan memperkenalkan penggunaan teknologi moden.

Ia sangat bermanfaat kerana mempraktikkan gaya hidup sihat. Kajian dilakukan di Copenhagen menunjukkan pengangkutan awam memaparkan ciri pergerakan pintar dapat mengurangkan kadar kematian, meningkatkan kestabilan emosi dan produktiviti kerja.

Pengangkutan awam berlandaskan pergerakan pintar juga dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dan pencemaran alam. Di Amerika Syarikat (AS), pengangkutan awam mengurangkan 865 juta jam masa perjalanan serta 450 juta gelen pembakaran gas.

Di Malaysia pula, kekangan besar mempraktikkan pergerakan pintar ialah masalah kebolehcapaian. Ini penting bagi rakyat Malaysia kerana pengangkutan ialah asas bagi memudahkan aktiviti harian seperti perjalanan ke tempat bekerja dan sekolah.

Kebanyakan laluan pejalan kaki di negara ini sukar diakses kerana sebahagiannya kurang selamat dan jauh daripada kawasan kejiranan. Ia menyukarkan orang ramai yang mempunyai kebolehcapaian terhad untuk menggunakan sebarang pengangkutan awam, terutamanya bas ulang-alik.

Penduduk berpendapatan rendah di Kuala Lumpur juga sukar mengakses pengangkutan awam kerana lokasinya jauh dari sebarang hab pergerakan lain.

Selain itu, mutu perkhidmatan sistem pengangkutan awam juga menjadi permasalahan lantaran kualiti pengurusan kurang cekap oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak perkhidmatan transit. Beberapa aduan sering diterima mengenai tiket, ketepatan masa dan kecekapan perkhidmatan. Sesetengah pengguna perlu menunggu lama untuk sampai ke destinasi dan masa ketibaan juga selalu tertangguh.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, tiada guna mengusahakan projek besar dan menghabiskan berbilion ringgit untuk mengemaskini trek dan stesen jika perkhidmatan diberikan kepada orang ramai tidak begitu cemerlang.

Bagi merealisasikan matlamat pergerakan pintar, adalah penting bagi negara untuk menaik taraf akses pengangkutan awam, memperkenalkan konsep pergerakan bersepadu, pengurusan lalu lintas dan mengurangkan kesesakan serta menggunakan teknologi canggih untuk tempat letak kereta.

Ini akan menjadi titik perubahan menyokong inisiatif kerajaan ke arah pembangunan bandar pintar. Namun, disebabkan taraf sistem pengangkutan awam negara masih kurang memuaskan, kebanyakan rakyat memandu kereta sendiri dan seterusnya menambahkan kesesakan.

Justeru, kerajaan perlu menaik taraf sistem pengangkutan awam untuk menggalakkan rakyat membuat pilihan tepat bagi mengurangkan penggunaan kereta.

Memandangkan kita memasuki Revolusi Industri Keempat (IR4.0), kerajaan harus menggabungkan kuasa internet untuk segalanya (IoT) bagi mengurangkan masalah pengangkutan setanding dengan keinginan menjadi bandar pintar.

Ini boleh dicapai melalui konsep pengangkutan saling berhubung dengan kenderaan dilengkapi WiFi atau sebarang hubungan internet semasa di jalan raya. Ia memaparkan laluan perjalanan yang boleh dioptimumkan, seterusnya mengurangkan kesesakan lalu lintas. Data dikumpul melalui peranti IoT juga boleh dianalisis pakar dalam membuat keputusan.

Dengan bantuan IoT, penguasa pengangkutan juga dapat menganalisis jumlah data melalui sumber seperti tiket dan sensor kenderaan untuk mengatur rancangan bagi meningkatkan perkhidmatan serta penyebaran maklumat kepada pengguna. Keselamatan lalu lintas juga boleh dianalisis dengan menjejaki trafik, kadar kelajuan dan keadaan cuaca.

Di Singapura, Penguasa Pengangkutan Daratnya membangunkan Data Terbuka dan Analitis untuk Projek Pengangkutan Bandar bagi mengakses data masa sebenar seperti keadaan lalu lintas untuk membantu pengguna dalam membuat keputusan serta mengharungi persekitaran.

Solusi tempat letak kereta pintar juga inisiatif baik kerana teknologi itu merangkumi infrastruktur betul, kamera keselamatan, sensor dan hubungan internet supaya orang ramai tidak mengalami sebarang isu meletakkan kenderaan, terutama di bandar.

Melalui penggunaan IoT, data berkaitan tempat letak kereta sedia ada boleh dikongsi melalui aplikasi mudah alih, media sosial atau laman web. Kesesakan lalu lintas juga dapat dikurangkan kerana sistem itu boleh memberitahu pengguna berkenaan tempat letak kereta yang ada.

Perkembangan kenderaan autonomi juga mendapat perhatian umum kerana ciri keselamatan, penggunaan tenaga dan kecanggihan sistem letak kereta yang tersedia.

Kecerdasan buatan (AI) juga dianggap ramuan utama pembangunan ini kerana berupaya mengumpul, menganalisis data, menyesuaikan dengan pelbagai situasi dan pembelajaran melalui pembelajaran mesin.

Di Singapura, Institut Penyelidikan Infocomm A*STAR membangunkan kenderaan pandu sendiri dan diluluskan untuk ujian jalan awam di One-North pada Julai 2015.

Kita mempunyai pelbagai jenis pengangkutan awam, antaranya e-hailing, bas, kereta api dan teksi. Kita juga memiliki rangkaian pengangkutan maju dan pautan rel sistematik.

Pengangkutan awam merangkumi sekitar 75 peratus kawasan bandar, sekali gus memberikan manfaat kepada pembangunan bandar pintar. Namun, kita kekurangan daripada segi aspek pergerakan pintar.

Sebagai rumusan, pergerakan pintar penting kerana ia langkah pertama untuk pembangunan bandar pintar. Bagaimanapun, kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan dalam merealisasikan inisiatif itu.

Farhan Kamarulzaman merupakan Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article