Use unclaimed money to revive economy, help the needy

To unlock this source of revenue, the Unclaimed Money Act (1965) needs to be amended or substituted with a new bill.

822 0
822 0
English

Published by Free Malaysia Today, The Star, The Sun Daily & New Straits Times, image from Free Malaysia Today.

With Covid-19 forcing governments to do whatever it takes, especially when it comes to job retention, wage subsidies and financial incentives, finding new sources of revenue has also become more challenging.

There is one source, however, that could readily be mobilised and that is the unclaimed money under the care of the Accountant-General’s Department, Registrar of Unclaimed Money.

Through the department’s Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS) which was activated in 2018, the public can check for any unclaimed money.

Unclaimed money includes:
1. Salaries, bonuses, commissions and other payments made to employees
2. Dividends and profits declared for distributions
3. Insurance claims
4. Matured fixed deposits
5. Credit balance from dormant savings

In 2019 alone, an estimated RM9 billion of unclaimed money was found. As comparison, the amount approximates the direct injection of the Short-Term Economic Recovery Plan (Penjana) at RM10 billion. It also represents a fifth of the overall cumulative injection of RM45 billion.

In order to unlock this potential source of revenue, the Unclaimed Money Act (1965) – which holds that unclaimed money is placed under the care of the government – needs to be amended or substituted with a new bill which will legally enable the Registrar of Unclaimed Money to transfer the outstanding amount to government coffers. Another obstacle to overcome is the lack of expiry date for the money.

Now, it will certainly be objected that this act of expropriation could well be unconstitutional as a breach of one’s human rights and a form of “theft”. As it is, the money to be transferred remains unclaimed and idle.

As such, the government is legally entitled on the basis of common law principles to use or dispose of the unclaimed money in any way it sees fit so long as it’s not contrary to the Constitution, public policy or morality.

The amendment embodied in a new bill would be debated in Parliament and subject to parliamentary approval.

Preferably, the bill should refer to the forthcoming Covid-19 (Temporary Measures) Bill as the umbrella legislation to provide additional legal backup, which also means that Act 1965 will be reset once the outstanding amount is exhausted. And the situation therefore will revert to normalcy under the provisions of the existing Act.

Desperate or extraordinary times call for desperate or extraordinary measures.

Even the previous Pakatan Harapan administration resorted to the unconventional method of tapping into donations as a source of revenue as a means to pay off the 1MDB debt.

This was set against the backdrop of a fast ballooning national debt of RM885.9 billion in 2018, including contingent liabilities, public-private partnership lease payments and the 1MDB debt.

Therefore, proposing for unclaimed money to be diverted by the government for social purposes as a “stop-gap” or emergency measure on a temporary basis is not that far-fetched a policy idea.

So long as everything is done in a transparent, accountable and democratic manner, and the unclaimed money is used to stimulate the economy, it’s a reasonable option that will be agreeable to many.

In this regard, the unclaimed money should be used to extend the applicability of the Wage Subsidy Programme (WSP) in relation to targeting the SMEs.

Or the unclaimed money could be used to target households especially the B40 by providing them with vouchers for essential items such as face masks and sanitisers and that can be used at selected outlets.

Be that as it may, putting unclaimed money to good use on an ever so temporary basis makes a difference to government coffers because every penny counts.

Jason Loh Seong Wei is Head of Social, Law and Human Rights at EMIR Research, an independent think tank focused on strategic policy recommendations based on rigorous research.

Bahasa Melayu

Diterbitkan oleh Malaysiakini & Berita Harian, dipetikan di Kosmo! & Weng Honn Youtube Channel.

Mencari sumber pendapatan baharu kerajaan kian mencabar dalam mengharungi pandemik Covid-19 apabila kerajaan digesa untuk meningkatkan perbelanjaan berbanding sebelum ini untuk tujuan pengekalan pekerjaan,subsidi upah dan insentif kewangan.

Namun begitu, terdapat satu sumber sedia ada yang boleh digunakan iaitu wang tidak dituntut di bawah amanah Pendaftar Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara (AGD) di tingkat 42 Menara Maybank, Jalan Tun Perak.

Akauntan Negara juga merupakan Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Sistem Maklumat Wang Tak Dituntut Kerajaan Elektronik (eGUMIS) telah diaktifkan pada tahun 2018 bagi membolehkan orang ramai memeriksa wang yang tidak dituntut.

Wang yang tidak dituntut merangkumi:

  • gaji, bonus, komisen dan pembayaran lain yang dibuat kepada pekerja
  • dividen dan keuntungan diisytiharkan untuk pengagihan
  • tuntutan insurans
  • simpanan tetap matang dan
  • baki kredit simpanan tidak aktif

Pada tahun 2019, terdapat kira-kira hampir RM9 bilion wang yang tidak dituntut.

Sebagai perbandingan, jumlah itu menghampiri suntikan langsung Penjana (Rancangan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek) sebanyak RM10 bilion.

Ia juga merupakan satu perlima daripada jumlah keseluruhan suntikan kumulatif, iaitu RM45 bilion.

Bahkan, Dana Kontingensi Nasional di bawah Artikel 11(3) Akta Prosedur Kewangan 1957 di mana Menteri Kewangan diberi kuasa untuk membuat pendahuluan perbelanjaan masih tidak mencukupi.

Belanjawan 2020 memperuntukkan hanya RM2 bilion kepada Dana Kontingensi Nasional.

Untuk membuka sumber pendapatan yang berpotensi ini, Akta Wang Tak Dituntut (1965) perlu dipinda dan diganti dengan rang undang-undang baharu.

Ini bagi membolehkan Akauntan-Negara merangkap Pendaftar Wang Tak Dituntut memindahkan wang yang tidak dituntut kepada dana kerajaan secara sah.

Tarikh luput

Selain itu, ketiadaan tarikh luput juga merupakan halangan undang-undang yang perlu dimansuhkan bagi memudahkan proses pemindahan wang.

Namun demikian, sememangnya akan ada bantahan mengenai tindakan perampasan sebegini yang dianggap bercanggah dengan perlembagaan dan menceroboh hak asasi manusia serta berbentuk “pencurian”.

Hakikatnya, wang yang akan dipindahkan tetap tidak dituntut dan terbiar.

Di bawah Akta Wang Tak Dituntut (1965), wang ini berada di bawah jagaan kerajaan melalui penjawat Pendaftar Wang Tak Dituntut, di mana kerajaan merupakan pemegang amanah, bukannya badan swasta.

Oleh itu, berdasarkan prinsip common law, kerajaan berhak secara sah mengguna atau mengurus wang yang tidak dituntut dengan apa cara sekalipun, asalkan dianggap sesuai dan tidak bertentangan dengan perlembagaan, kepentingan awam atau hal-ehwal moral.

Ini adalah wajar dengan proses pindaan yang tidak boleh dilaksanakan dalam bentuk perintah menteri iaitu pembuatan undang-undang oleh Eksekutif di bawah Akta induk – Akta Wang Tak Dituntut (1965).

Pindaan termaktub dalam rang undang-undang (RUU) baharu akan dibahaskan di parlimen dan tertakluk kepada persetujuan Parlimen.

Sebaiknya, RUU ini harus merujuk kepada RUU Covid-19 (Tindakan Sementara) yang akan datang sebagai sumber rujukan bagi memberikan sokongan tambahan. Ini juga bermaksud bahawa Akta Wang Tak Dituntut akan ditetapkan semula setelah jumlah tertunggak selesai.

Oleh itu, keadaan akan kembali normal di bawah peruntukan Akta Wang Tak Dituntut yang sedia ada sekarang.

Malah, penggunakan wang yang tidak dituntut untuk tujuan sosial sebagai “stop-gap” atau tindakan darurat secara sementara, bukanlah hanya cadangan dasar angan-angan (tidak boleh dicapai).

Selagi semuanya dilakukan secara telus, bertanggungjawab, demokratik, dan digunakan untuk merangsang ekonomi, adalah wajar untuk orang ramai tidak mempertikaikanya.

Dalam hal ini, wang tidak dituntut harus digunakan untuk memperluas penerapan Program Subsidi Gaji (WSP) dengan mensasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Jika tidak, wang tidak dituntut boleh digunakan untuk menyasarkan isi rumah terutama B40 dengan memberikan baucar sebagai sebahagian subsidi untuk digunakan di lokasi kedai runcit terpilih untuk barang-barang keperluan termasuk peralatan pelindung diri (PPE) seperti topeng muka dan juga sanitiser yang amnya bukan murah.

Akhir kata, memanfaatkan wang tidak dituntut untuk digunakan dengan baik secara sementara menyumbang kepada dana kerajaan kerana setiap sen itu bernilai.

Jason Loh Seong Wei merupakan Ketua Bahagian Sosial, Perundangan dan Hak Asasi di EMIR Research, sebuah badan pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

In this article